Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 16, 2024 15:48 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 April 2024.
1. Hamas kata tiada perjanjian tanpa pengunduran Israel dari Gaza
Kumpulan Palestin Hamas menegaskan hari ini bahawa ia tidak akan bersetuju dengan pembebasan mana-mana tebusan tanpa pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza dan kepulangan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal ke kediaman mereka di seluruh wilayah itu.
2. Kejadian tikaman di gereja Sydney diisytihar 'tindakan pengganas'
Polis Australia mengisytiharkan kejadian tikaman di sebuah gereja di Sydney pada Isnin sebagai "tindakan pengganas."
3. Menteri luar China, Iran bincang situasi Asia Barat
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar China, Wang Yi menghubungi Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian melalui telefon, pada Isnin.
4. KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024 berbanding tahun sebelumnya.
5. Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Hubungan antara rakyat Malaysia dan China akan terus berkembang dengan lebih banyak pertukaran dan pergerakan rakyat di semua peringkat seiring dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun ini, kata Yang Wanming Presiden Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Luar (CPAFFC).
6. 17 termasuk 9 pelajar sekolah maut banjir di Oman
Tujuh belas orang termasuk sembilan pelajar sekolah terbunuh berikutan banjir besar di Oman, lapor Sputnik memetik laporan stesen penyiaran Al Arabiya.
7. Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia diberhentikan
Tesla memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya akibat penurunan jualan dan perang harga yang meningkat untuk kenderaan elektrik (EV).
8. Biden enggan hadir pendengaran awam - Jawatankuasa Pemantauan Dewan AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menolak permintaan anggota kongres untuk memberi keterangan secara terbuka sebagai sebahagian daripada siasatan pendakwaan yang tertumpu kepada dakwaan aktiviti jenayah oleh keluarganya, kata Jawatankuasa Pemantauan Dewan AS, lapor Sputnik.
9. Perbicaraan skandal Donald Trump - bintang porno bermula
Donald Trump menjadi bekas Presiden Amerika Syarikat pertama yang menghadapi perbicaraan kes jenayah apabila beliau hadir di Mahkamah Manhattan pada Isnin.
10. Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
#Hamas #Gaza #Israel #Palestin #Iran #China #pelancong #Oman #Joe Biden #Donald Trump #Amerika Syarikat #Singapura #Lawrence Wong