awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden enggan hadir pendengaran awam - Jawatankuasa Pemantauan Dewan AS

Bernama
Bernama
16/04/2024
08:09 MYT
Biden enggan hadir pendengaran awam - Jawatankuasa Pemantauan Dewan AS
Anggota kongres sedang menyiasat dakwaan aktiviti jenayah oleh keluarga Biden, termasuk potensi rasuah dan pengaruh asing. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menolak permintaan anggota kongres untuk memberi keterangan secara terbuka sebagai sebahagian daripada siasatan pendakwaan yang tertumpu kepada dakwaan aktiviti jenayah oleh keluarganya, kata Jawatankuasa Pemantauan Dewan AS, lapor Sputnik.
"Presiden Joe Biden secara rasmi menolak jemputan kami untuk memberi keterangan secara terbuka mengenai pengetahuan dan pembabitannya dalam skim perniagaan keluarganya," kata jawatankuasa itu dalam kenyataan yang dikeluarkan di platform X (dulu dikenali sebagai Twitter) pada Isnin.
"Adalah malang Presiden Biden tidak mahu menjawab soalan di hadapan rakyat Amerika dan enggan menjawab soalan yang sangat mudah yang kami sertakan dalam jemputan itu."
Anak lelaki Joe Biden, Hunter Biden, mengambil bahagian dalam pendengaran tertutup dengan anggota kongres awal tahun ini tetapi enggan hadir untuk pendengaran awam berikutnya.
Rakyat Amerika berhak mendapat penjelasan daripada Presiden Biden, menurut kenyataan itu. Biden terus berbohong mengenai hubungannya dengan rakan perniagaan anaknya, tambah kenyataan itu.
Anggota kongres sedang menyiasat dakwaan aktiviti jenayah oleh keluarga Biden, termasuk potensi rasuah dan pengaruh asing. Hunter Biden telah menafikan bahawa bapanya mendapat keuntungan atau terlibat dalam aktiviti perniagaannya, termasuk berkhidmat dalam lembaga pengarah syarikat tenaga Ukraine, Burisma.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#pendengaran awam
#siasatan jenayah keluarga
#Dewan AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan