DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Mac 2025.
Dua juruterbang pesawat tempur Tentera Udara Korea Selatan didakwa pada Khamis selepas siasatan mendapati kesilapan mereka menyebabkan pengeboman secara tidak sengaja di sebuah perkampungan minggu lalu, menurut Kementerian Pertahanan negara itu.
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara.
Meta kini berhadapan pula saman yang difailkan oleh penerbit dan penulis buku di Perancis kerana didakwa menggunakan harta intelek mereka secara haram untuk melatih model kecerdasan buatan (AI).
London Marathon tahun ini berpotensi mencipta sejarah sebagai maraton terbesar dunia buat kali pertama, dengan jumlah peserta yang menamatkan perlumbaan dijangka melebihi rekod sedia ada.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengadakan sesi pendengaran awam bulan depan bagi membincangkan kewajipan Israel terhadap rakyat Palestin.
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah ditahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Rabu, menurut kenyataan mahkamah itu.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berjanji untuk mengenakan lebih banyak tarif selepas tindakannya memperkenalkan cukai import ke atas keluli dan aluminium yang memasuki AS mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada.
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di The Hague, Netherlands, pada Rabu bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan dalam "perang dadah" yang dilancarkannya.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menegaskan pada Rabu, “tiada sesiapa yang mengusir rakyat Palestin” dari Gaza.
10. Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS), termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami