awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pihak berkuasa Singapura tahan lelaki dakwa ambil dadah bersama bekas peguam, M Ravi sebelum meninggal dunia
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki

Bernama
Bernama
13/03/2025
02:50 MYT
ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengadakan sesi pendengaran awam bulan depan bagi membincangkan kewajipan Israel terhadap rakyat Palestin.
GENEVA: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengadakan sesi pendengaran awam bulan depan bagi membincangkan kewajipan Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan pada Rabu, ICJ memaklumkan, pihaknya menerima 45 kenyataan bertulis daripada negara-negara dan organisasi antarabangsa sebagai sebahagian daripada prosiding penasihat mengenai tanggungjawab Israel terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), badan antarabangsa lain, serta pihak ketiga di wilayah Palestin yang diduduki.
Isu ini akan dibincangkan dalam sesi pendengaran awam akan datang.
"Mahkamah akan mengadakan pendengaran awam yang dijadualkan bermula Isnin, 28 April 2025, di Peace Palace, The Hague, ibu pejabat ICJ," menurut kenyataan ICJ.
Prosiding itu dimulakan susulan permintaan untuk mendapatkan pendapat penasihat yang menarik penyertaan pelbagai negara serta entiti antarabangsa.
Menurut kenyataan itu, kesemua dokumen berkenaan telah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan berdasarkan arahan Presiden ICJ pada 23 Dis lalu.
Senarai penyumbang merangkumi negara dari pelbagai benua termasuk Chile, Malaysia, Rusia, Turkiye, Pakistan, Qatar, Sepanyol, Afrika Selatan, Ireland, Arab Saudi, China, Belanda, Brazil, Mesir, Israel, Perancis, Amerika Syarikat dan Palestin.
Beberapa organisasi antarabangsa utama seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab turut mengemukakan pandangan mereka, menurut kenyataan itu lagi.
Selaras dengan Artikel 106 peraturan ICJ, kenyataan bertulis tersebut boleh didedahkan kepada umum sebaik sahaja prosiding lisan bermula.
Dalam masa yang sama, Israel turut berdepan kes genosid di ICJ berhubung perang di Gaza yang meragut kira-kira 50,000 nyawa rakyat Palestin dan menghancurkan sebahagian besar wilayah itu sejak Oktober 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Mahkamah Keadilan Antarabangsa
#ICJ
#wilayah Palestin diduduki
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan