DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Mac 2025.
1. Korea Selatan berdepan kebakaran hutan terburuk, angka korban meningkat kepada 26
Kebakaran hutan yang didorong angin kencang di wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang dan mencederakan 30 yang lain.
2. Khartoum diisytihar “bebas”, tentera Sudan kuasai semula ibu negara daripada RSF
Pengerusi Majlis Kedaulatan Sudan, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan, tiba di Istana Presiden di ibu negara lewat Rabu dan mengisytiharkan Khartoum sebagai "bebas" susulan pengusiran pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).
3. Hyundai umum pelaburan AS$21 bilion di AS untuk tingkatkan pengeluaran
Hyundai Motor Group, syarikat gergasi automotif dari Korea Selatan yang dikendalikan oleh jutawan Euisun Chung, mengumumkan pelan pelaburan bernilai AS$21 bilion di Amerika Syarikat (AS) dalam usaha memperkukuh operasi pembuatan.
4. Tesla akan dilancar di Arab Saudi
Tesla umum akan mula menjual kenderaan elektrik (EV) di Arab Saudi bulan depan.
5. AS akan ada 'perjanjian' untuk kekalkan akses kepada TikTok atau tangguh larangan
Donald Trump berkata, Amerika Syarikat (AS) akan mempunyai “bentuk perjanjian” untuk mengekalkan akses kepada TikTok di negara itu.
6. Datuk Bandar interim dilantik ganti Imamoglu
Majlis Perbandaran Istanbul, yang dikendalikan pembangkang, memilih seorang Datuk Bandar interim pada Rabu bagi mentadbir bandar itu.
7. Bolivia isytihar darurat akibat banjir teruk
Presiden Bolivia, Luis Arce mengisytiharkan darurat negara pada Rabu susulan hujan lebat dan banjir teruk di negara itu.
8. Trump umum tarif 25 peratus ke atas import kereta ke Amerika Syarikat
Donald Trump mengumumkan cukai perdagangan baharu sebanyak 25 peratus ke atas kereta yang diimport ke Amerika Syarikat (AS).
9. Budak enam tahun jatuh ketika makan, batang gula-gula tembus otak
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di China mengalami kemalangan ngeri apabila dia terjatuh ketika makan gula-gula bertangkai, menyebabkan batang tersebut menembusi mulut sehingga ke pangkal tengkorak dan otaknya.