awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump umum tarif 25 peratus ke atas import kereta ke Amerika Syarikat

Agensi
Agensi
26/03/2025
23:10 MYT
Trump umum tarif 25 peratus ke atas import kereta ke Amerika Syarikat
Presiden Trump mengumumkan cukai perdagangan baharu sebanyak 25 peratus ke atas kereta yang diimport ke Amerika Syarikat yang didakwa beliau akan membawa kepada "pertumbuhan luar biasa" untuk industri automotif. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Donald Trump mengumumkan cukai perdagangan baharu sebanyak 25 peratus ke atas kereta yang diimport ke Amerika Syarikat (AS).
Presiden AS itu berkata, tarif terbaharu ini akan berkuat kuasa pada 2 April, dengan kutipan bermula keesokan harinya.
Trump mendakwa, langkah tersebut akan membawa kepada "pertumbuhan luar biasa" untuk industri automotif, sambil berjanji ia akan merangsang penciptaan pekerjaan dan pelaburan di AS.
Namun, penganalisis berpendapat, tindakan ini berkemungkinan menyebabkan gangguan besar dalam pengeluaran kereta, meningkatkan harga dan merenggangkan hubungan dengan sekutu-sekutu AS.
Mexico merupakan pembekal utama kereta asing ke AS, diikuti oleh Korea Selatan, Jepun, Kanada dan Jerman.
Saham General Motors merosot sekitar 3 peratus pada Rabu selepas White House memaklumkan, pengumuman ini sedang dirancang.
Dalam satu sidang akhbar, Trump menegaskan, beliau tidak akan mempertimbangkan semula keputusan tersebut berkata.
"Ini (tarif) adalah kekal. Tetapi jika anda membina kereta anda di Amerika Syarikat, tidak akan ada tarif," tambah Presiden AS itu lagi. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#tarif kereta import
#cukai perdagangan
#Presiden Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan