awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Bandar interim dilantik ganti Imamoglu

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2025
23:40 MYT
Datuk Bandar interim dilantik ganti Imamoglu
Parti Rakyat Republikan (CHP), memilih wakil parti tersebut, Nuri Aslan, sebagai Datuk Bandar interim dengan memperoleh 177 undi. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Majlis Perbandaran Istanbul, yang dikendalikan pembangkang, memilih seorang Datuk Bandar interim pada Rabu bagi mentadbir bandar itu.
Lantikan ini berlaku selepas Datuk Bandar, Ekrem Imamoglu dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan atas tuduhan rasuah.
Namun, beliau dan penyokongnya menegaskan tindakan tersebut bermotifkan politik.
Majlis beranggotakan 314 ahli itu, dengan majoriti dikuasai oleh Parti Rakyat Republikan (CHP), memilih wakil parti tersebut, Nuri Aslan, sebagai Datuk Bandar interim dengan memperoleh 177 undi.
Datuk Bandar interim yang dilantik akan menjalankan tugas sehingga tamat penggal Imamoglu, sementara beliau menantikan proses perbicaraan yang bakal menentukan masa depan politiknya.
Pemilihan ini berjaya menghalang kerajaan daripada melantik seorang penjaga atau pemangku untuk mentadbir perbandaran, sebagaimana yang berlaku di beberapa bandar lain, terutama di tenggara Turkiye yang didiami majoriti etnik Kurdi.
Penahanan Imamoglu minggu lalu, yang dilihat sebagai pencabar utama Presiden Recep Tayyip Erdogan, mencetuskan protes antikerajaan terbesar dalam lebih satu dekad, dengan ratusan ribu rakyat turun ke jalanan menyahut seruan pembangkang.
Topic Berkaitan
#Nuri Aslan
#datuk bandar interim
#Ekrem Imamoglu
#parti pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan