DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 31/03/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 31 Mac 2025.


1. Umat Islam Indonesia sambut Aidilfitri dengan meriah, penuh kesederhanaan

Umat Islam di Indonesia menyambut Hari Raya Aidilftri bersama keluarga serta rakan dan taulan pada Isnin dalam suasana gembira serta penuh harapan di bawah kepimpinan Presiden Prabowo Subianto.



2. Umat Islam Bangkok sambut 1 Syawal dalam suasana suram akibat gempa bumi

Umat Islam di Thailand khususnya Bangkok menyambut Aidilfitri dalam suasana suram ekoran gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada Jumaat lalu, turut menggegarkan ibu negara Thailand, mengorbankan sekurang-kurangnya 17 nyawa dan puluhan lagi dilaporkan masih hilang.


3. 36 gempa susulan selepas gempa bumi dahsyat landa Myanmar

Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar pada Isnin mendedahkan bahawa sebanyak 36 gempa susulan, dengan magnitud antara 2.8 hingga 7.5, berlaku sehingga pagi Isnin.


4. Bulan Sabit Merah Palestin dapatkan semula 14 mayat susulan serangan Israel di selatan Gaza

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Ahad mengesahkan bahawa ia telah mendapatkan semula 14 mayat di Rafah, selatan Gaza, termasuk lapan petugas perubatannya, lima anggota pertahanan awam, dan seorang kakitangan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selepas serangan udara Israel kira-kira seminggu lalu.


5. Tiada kerosakan dilaporkan selepas gempa magnitud 7.0 landa Tonga

Pejabat Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Tonga (NDRMO) pada Isnin mengesahkan tiada sebarang kerosakan dilaporkan di semua kawasan selepas gempa bumi berukuran magnitud 7.0 melanda negara itu pada awal pagi.


6. Penyelamat China selamatkan empat nyawa dalam masa tujuh jam di Myanmar

Pasukan penyelamat China berjaya mengeluarkan seorang lagi mangsa yang terselamat dari runtuhan di kawasan perumahan Sky Villa, Mandalay, Myanmar, sekitar 7.20 pagi waktu tempatan pada Isnin.


7. 33 maut, Gaza bermandi darah menjelang Aidilfitri

Sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin termasuk 13 kanak-kanak terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam siri serangan udara Israel sejak awal pagi Ahad.


8. Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada Myanmar, komited bantu usaha kemanusiaan - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah menghubungi Jeneral Kanan Min Aung Hlaing semalam bagi menyampaikan ucapan takziah mewakili Malaysia susulan bencana gempa bumi yang melanda Myanmar.


9. Jepun keluarkan amaran gunung berapi di Kyushu

Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan amaran peringkat pertengahan bagi gunung berapi di wilayah barat daya Kyushu dan menasihati orang ramai agar menjauhi kawasan tersebut kerana letusan berpotensi berlaku pada bila-bila masa.


10. Zelensky umum pendapatan keluarga sekitar AS$365,000 pada 2024

residen Ukraine Volodymyr Zelensky dan keluarganya memperoleh pendapatan sebanyak 15.2 juta hryvnia (sekitar AS$365,000) tahun lalu, menurut kenyataan rasmi pejabat presiden pada Ahad.



#berita pilihan #antarabangsa #Aidilfitri #Myanmar #gempa bumi