awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelamat China selamatkan empat nyawa dalam masa tujuh jam di Myanmar

Bernama
Bernama
31/03/2025
04:45 MYT
Penyelamat China selamatkan empat nyawa dalam masa tujuh jam di Myanmar
Mangsa yang diselamatkan termasuk seorang kanak-kanak perempuan, seorang wanita hamil, dan seorang wanita dari runtuhan Sky Villa dan Hotel Great Wall. -AP
MANDALAY: Pasukan penyelamat China berjaya mengeluarkan seorang lagi mangsa yang terselamat dari runtuhan di kawasan perumahan Sky Villa, Mandalay, Myanmar, sekitar 7.20 pagi waktu tempatan pada Isnin, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Pasukan penyelamat China berjaya menyelamatkan empat mangsa dari runtuhan di Mandalay dalam tempoh tujuh jam.
  • Mangsa yang diselamatkan termasuk seorang kanak-kanak perempuan, seorang wanita hamil, dan seorang wanita dari runtuhan Sky Villa dan Hotel Great Wall.
  • Pasukan penyelamat dari wilayah Yunnan dan Hunan turut berjaya menyelamatkan mangsa di Nay Pyi Taw dan Dewan Buddha Mandalay.

Dalam tempoh tujuh jam, pasukan penyelamat China berjaya menyelamatkan empat mangsa akibat gempa bumi di Myanmar.
Terdahulu, pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat China serta pasukan penyelamat awam RAMUNION RESCUE berjaya menarik keluar seorang kanak-kanak perempuan dan seorang wanita hamil di bawah runtuhan Sky Villa masing-masing pada 5.37 pagi dan 6.20 pagi waktu tempatan.
Selain itu, pada 12.40 tengah malam Isnin, pasukan penyelamat China berjaya mengeluarkan seorang wanita dari runtuhan di Hotel Great Wall di Mandalay.
Dalam satu kejadian di Nay Pyi Taw, pasukan penyelamat dari wilayah Yunnan, China berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga emas yang terperangkap di bawah runtuhan sebuah hospital selama hampir 40 jam pada Ahad.
Pada hari yang sama, anggota pasukan Blue Sky Rescue dari wilayah Hunan, China berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang terperangkap di Dewan Buddha Mandalay.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#pasukan penyelamat
#runtuhan di Mandalay
#gempa Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan