INTERNATIONAL
Tiada kerosakan dilaporkan selepas gempa magnitud 7.0 landa Tonga

SUVA: Pejabat Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Tonga (NDRMO) pada Isnin mengesahkan tiada sebarang kerosakan dilaporkan di semua kawasan selepas gempa bumi berukuran magnitud 7.0 melanda negara itu pada awal pagi, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Tiada kerosakan dilaporkan di Tonga selepas gempa bumi magnitud 7.0 melanda pada awal pagi.
- Ancaman tsunami menyebabkan orang ramai berpindah ke kawasan lebih tinggi, namun amaran itu kemudian ditarik balik.
- Gegaran kuat dirasai di ibu negara, Nuku'alofa, tetapi tiada kerosakan pada rumah penduduk.
USGS turut melaporkan beberapa gegaran susulan berlaku di kawasan sama, termasuk satu gempa berukuran magnitud 6.2.
NDRMO memaklumkan bahawa tiada laporan kerosakan diterima dari pulau-pulau sekitar dan pulau utama Tongatapu, serta kebanyakan penduduk telah kembali ke kediaman masing-masing selepas amaran tsunami ditarik balik.
Seorang penduduk tempatan memberitahu Xinhua bahawa gegaran kuat dirasai di ibu negara, Nuku'alofa, namun rumahnya tidak mengalami sebarang kerosakan.
Tonga terdiri daripada 173 pulau dengan populasi lebih 100,000 orang, kebanyakannya tinggal di pulau utama Tongatapu, yang terletak kira-kira 100 km dari pusat gempa.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami