awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelensky umum pendapatan keluarga sekitar AS$365,000 pada 2024

Bernama
Bernama
31/03/2025
08:33 MYT
Zelensky umum pendapatan keluarga sekitar AS$365,000 pada 2024
Jumlah tunai yang dimiliki keluarga Zelensky pada akhir tahun 2024 kekal hampir tidak berubah, namun angka sebenar tidak dinyatakan. - Reuters
KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan keluarganya memperoleh pendapatan sebanyak 15.2 juta hryvnia (sekitar AS$365,000) tahun lalu, menurut kenyataan rasmi pejabat presiden pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hampir separuh daripada jumlah itu diperoleh menerusi penjualan bon kerajaan, manakala selebihnya datang daripada gaji presiden, faedah bank serta pendapatan sewaan hartanah peribadi.
Menurut kenyataan itu, jumlah tunai yang dimiliki keluarga Zelensky pada akhir tahun 2024 kekal hampir tidak berubah, namun angka sebenar tidak dinyatakan.
Sebelum menyertai politik, Zelensky dikenali sebagai pelakon, penerbit filem dan penulis skrip.
Anggaran kekayaannya berbeza-beza, dengan beberapa sumber mendakwa beliau memiliki aset bernilai beberapa juta dolar, meskipun angka tepat tidak diketahui.
Sementara itu, agensi berita Unian melaporkan bahawa anak-anak Zelensky, Oleksandra dan Kyrylo, masih berada di Ukraine.
Dalam keadaan perang yang berterusan, Zelensky mendedahkan bahawa beliau mengamalkan rutin "5+5" untuk meluangkan masa bersama keluarga--lima minit di waktu pagi dan lima minit lagi pada waktu malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Volodymyr Zelensky
#Presiden Ukraine
#pendapatan
#bon kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan