DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 April 2025.
1. Thailand sedia berunding dengan AS selepas dikenakan tarif 36 peratus
Kerajaan Thailand sedia berunding dengan Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif timbal balik sebanyak 36 peratus ke atas eksport Thailand ke AS.
2. Negara terjejas tarif perlu 'bertenang' - Setiausaha Perbendaharaan AS
Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Scott Bessent menasihatkan negara-negara yang terkesan dengan tarif baharu supaya "bertenang" dan tidak bertindak balas bagi mengelakkan ketegangan semakin memuncak.
3. Serangan tarif Trump: Masa untuk ASEAN ambil langkah strategik
Pada 3 April 2025, Presiden Donald Trump mengisytiharkan "Hari Pembebasan Amerika" dari White House Rose Garden dan menandatangani perintah eksekutif untuk melancarkan rejim tarif global yang lebih meluas.
4. Senat AS lulus resolusi mansuh tarif Trump ke atas Kanada
Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu meluluskan resolusi bertujuan menghalang tarif 25 peratus yang dikenakan Presiden Donald Trump ke atas Kanada.
5. Angka kematian gempa bumi di Myanmar kini melebihi 3,000 orang
Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda di Myanmar telah meningkat kepada seramai 3,003 orang, dengan 4,515 lagi cedera dan 351 masih hilang.
6. Juruterbang maut dalam nahas pesawat Tentera Udara India
eorang juruterbang terbunuh apabila sebuah pesawat Jaguar dua tempat duduk milik Tentera Udara India terhempas di negeri Gujarat.
7. Senarai barangan yang dikecualikan tarif timbal balik Trump
White House dalam satu kenyataan menyatakan beberapa barangan utama dikecualikan daripada tarif timbal balik yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
8. Ketua Perdagangan EU kecam tarif baharu Trump sebagai "tidak wajar, tidak seimbang"
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa Parlimen Eropah mengkritik sekeras-kerasnya pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai tarif baharu 20 peratus ke atas barangan dari Kesatuan Eropah lewat Rabu sebagai sebahagian daripada janjinya untuk mengenakan tarif timbal balik kepada semua negara di dunia.
9. Israel umum rampas tanah di Gaza
srael umum perluasan besar operasi ketenteraan di Gaza dengan menyatakan kawasan besar di wilayah itu akan dirampas dan ditambah kepada zon keselamatannya, disertai dengan pemindahan besar-besaran penduduk.
10. Musk akan kekal hingga misi DOGE selesai - White House
White House menafikan laporan bahawa jutawan teknologi dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla serta SpaceX, Elon Musk, akan meninggalkan peranannya sebagai kakitangan kerajaan khas sebelum tempoh mandatnya tamat pada akhir Mei.