DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 04/04/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 April 2025.


1. Senator Demokrat AS kecam respons pentadbiran Trump terhadap gempa Myanmar

Senator Demokrat Amerika Syarikat pada Rabu mengkritik pentadbiran Trump kerana kelewatan bertindak balas dan tidak mencukupi terhadap bencana gempa bumi di Myanmar, serta menggesa usaha bantuan kecemasan yang lebih kukuh.



2. Cuaca panas, debu cabaran utama anggota SMART di Sagaing, Myanmar

Cuaca panas mencecah sehingga 41 darjah Celsius serta keadaan berdebu menjadi antara cabaran utama buat Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang ketika ini sedang melaksanakan misi di daerah Sagaing, Myanmar yang dilanda gempa bumi.


3. Tarif baharu ke atas negara G7 dijangka jana lebih AS$120 bilion untuk AS

Belanjawan Amerika Syarikat (AS) dijangka menerima suntikan melebihi AS$120 bilion hasil daripada tarif timbal balik yang dikenakan Washington ke atas negara-negara G7.


4. Hamas kecam pengunduran Hungary dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Kumpulan Palestin, Hamas pada Khamis mengecam keras keputusan Hungary untuk menarik diri daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).


5. Mahkamah Korea Selatan pecat Suk Yeol berikutan pengisytiharan undang-undang tentera

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memutuskan untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol, mengesahkan usul pemecatan yang diluluskan oleh parlimen berikutan tindakan kontroversinya mengisytiharkan undang-undang tentera tahun lalu.


6. Gempa bumi Myanmar musnahkan bandar purba

Gempa bumi berukuran 7.7 magnitud yang melanda Myanmar pada 28 Mac telah memusnahkan bandar purba Ava di Wilayah Mandalay, menyebabkan kerosakan teruk pada pagoda bersejarah dan tapak keagamaan.


7. Golongan terkaya dunia rugi AS$208 bilion dalam sehari susulan tarif baharu AS - BBI

Kemerosotan kekayaan terkumpul dalam kalangan 500 individu terkaya dunia itu merupakan penurunan harian keempat terbesar sejak BBI dilancarkan 13 tahun lepas dan yang terbesar sejak pandemik COVID-19.


8. Israel guna makanan, bantuan kemanusiaan sebagai senjata di Gaza - Ketua UNRWA

Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat Philippe Lazzarini, mengkritik Israel kerana menggunakan makanan dan bantuan kemanusiaan sebagai senjata di Gaza.


9. Angka kematian di Gaza melebihi 50,600 akibat serangan Israel

Serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 86 lagi penduduk Palestin, menjadikan angka kematian akibat perang yang disifatkan sebagai genosid sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,609 orang.


10. China desak Israel segera hentikan serangan terhadap Gaza

China menyuarakan kebimbangan serius terhadap pengumuman Israel baru-baru ini yang bertujuan memperluas operasi tentera darat serta menduduki wilayah Gaza, dan mendesak Israel menghentikan segera tindakan ketenteraan terhadap Gaza.


#berita pilihan #antarabangsa #Myanmar #gempa bumi #Donald Trump #tarif #Yoon Suk Yeol