[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 07/04/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 April 2025.
1. Hampir 80 peratus ahli Republikan tolak pemberian bantuan kepada Ukraine
Hampir 80 peratus ahli Parti Republikan Amerika Syarikat (AS) menentang pemberian bantuan kewangan kepada Ukraine, lapor Sputnik/RIA Novosti.
2. Pasaran saham Asia merudum susulan tindakan tarif Trump
Pasaran saham Asia merudum selepas dibuka pada Isnin, berikutan impak tarif yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Sputnik/RIA Novosti.
3. Korea Selatan secara tentatif tetapkan 3 Jun untuk pemilihan presiden
Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pemecatan Yoon, dengan calon perlu mendaftar sebelum 11 Mei.
4. 3 hilang selepas helikopter perubatan terhempas di barat daya Jepun
Tiga individu masih belum ditemui pada Ahad selepas sebuah helikopter perkhidmatan perubatan kecemasan terhempas di laut di barat daya Jepun, lapor Xinhua.
5. Tiga disahkan maut selepas helikopter terhempas di barat daya Jepun
Helikopter itu mengalami masalah dan terbalik di laut, menyebabkan tiga individu terselamat dan tiga lagi meninggal dunia.
6. Bekalan di Gaza semakin susut ketika krisis bertambah parah - UNRWA
UNRWA berkata lebih sebulan telah berlalu sejak Israel menyekat kemasukan bekalan kemanusiaan dan komersial ke Gaza.
7. Thailand adakan rundingan perdagangan dengan AS selepas kenaikan tarif
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Thailand Pichai Chunhavajira dijadual mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) minggu depan bagi mengadakan perbincangan dengan wakil sektor awam dan swasta, serta pihak berkepentingan lain susulan pelaksanaan tarif sebanyak 36 peratus ke atas eksport Thailand ke AS.
8. 21 pusat rawatan malnutrisi di Gaza ditutup susulan serangan baharu Israel - UNICEF
Sebanyak 21 pusat rawatan malnutrisi di Gaza terpaksa ditutup berikutan serangan terbaharu tentera Israel dan arahan pemindahan yang dikeluarkan di kawasan terjejas, kata Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Kazem Abu Khalaf pada Ahad, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
9. Britain selesai ujian pendorongan hipersonik utama
Ujian berkenaan dilaksanakan hasil kerjasama erat antara kerajaan Britain, pihak industri dan kerajaan Amerika Syarikat.
10. Nepal keluarkan permit mendaki Gunung Qomolangma musim ini
Seramai 60 lelaki dan 17 wanita daripada tujuh kumpulan berbeza menerima permit untuk mendaki puncak dengan ketinggian 8,848.86 meter itu.
#berita pilihan #antarabangsa #bantuan kewangan #UNICEF