awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan secara tentatif tetapkan 3 Jun untuk pemilihan presiden

Bernama
Bernama
07/04/2025
05:15 MYT
Korea Selatan secara tentatif tetapkan 3 Jun untuk pemilihan presiden
Korea Selatan merancang mengadakan pilihan raya presiden pada 3 Jun untuk menggantikan bekas Presiden Yoon Suk Yeol (foto). -Gambar fail/AP
SEOUL: Kerajaan Korea Selatan secara tentatif memutuskan untuk mengadakan pilihan raya presiden pada 3 Jun untuk memilih pengganti bekas Presiden Yoon Suk Yeol, dengan tarikh itu dijangka dimuktamadkan pada mesyuarat Kabinet minggu ini.

Ringkasan AI
  • Korea Selatan merancang mengadakan pilihan raya presiden pada 3 Jun untuk menggantikan bekas Presiden Yoon Suk Yeol.
  • Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pemecatan Yoon, dengan calon perlu mendaftar sebelum 11 Mei.
  • Presiden baharu akan memegang jawatan sebaik sahaja keputusan pilihan raya diumumkan tanpa perlu pasukan peralihan kuasa.

Seorang pegawai kanan kerajaan memberitahu Agensi Berita Yonhap bahawa Pemangku Presiden Han Duck Soo dijangka memuktamadkan tarikh pilihan raya itu semasa mesyuarat Kabinet Selasa ini.
"Memandangkan kepentingan perkara itu dan pertimbangan untuk menetapkan hari pilihan raya sebagai cuti umum khas, keputusan itu akan diluluskan semasa mesyuarat Kabinet," kata pegawai itu.
Pilihan raya presiden secara sah dikehendaki diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Mahkamah Perlembagaan memecat Yoon daripada jawatan pada Jumaat lepas berhubung percubaannya melaksanakan undang-undang tentera yang gagal.
Sekiranya jadual 3 Jun disahkan, bakal calon mesti mendaftar sebelum 11 Mei, dan tempoh kempen rasmi akan bermula pada 12 Mei.
Di bawah undang-undang pilihan raya, mana-mana penjawat awam yang berhasrat untuk bertanding jawatan presiden mesti meletakkan jawatan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum pilihan raya, menjadikan 4 Mei tarikh akhir untuk peletakan jawatan tersebut.
Presiden baharu yang dipilih akan terus memegang jawatan sebaik sahaja keputusan pilihan raya diumumkan tanpa perlu membentuk pasukan peralihan kuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#penjawat awam
#Yoon Suk Yeol
#pilihan raya presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan