DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 April 2025.
1. Presiden China Xi mulakan lawatan negara 3 hari ke Malaysia mulai Selasa
Presiden China Xi Jinping akan mengadakan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia bermula Selasa ini.
2. PM akan ke Bangkok minggu ini, isu Sungai Golok antara dibincangkan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlepas ke Bangkok, Thailand minggu ini bagi menghadiri mesyuarat dengan rakan sejawat Paetongtarn Shinawatra bagi membincangkan pelbagai isu, termasuk berkaitan usaha membersih dan mendalamkan Sungai Golok.
3. PPP mulakan pendaftaran untuk pemilihan calon Presiden Korea Selatan
Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan pada Isnin membuka pendaftaran selama dua hari untuk calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti konservatif itu untuk menamakan calonnya bagi Pilihan Raya Presiden pada 3 Jun.
4. Trump umum tarif import semikonduktor minggu depan
Kadar tarif ke atas import semikonduktor akan diumumkan dalam tempoh seminggu, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
5. Bekas Presiden Korea Selatan hadir perbicaraan jenayah pertama atas tuduhan pemberontakan
Bekas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Isnin menghadiri perbicaraan jenayah pertamanya atas tuduhan pemberontakan berkaitan percubaannya untuk melaksanakan undang-undang tentera pada Disember lepas.
6. China gantung eksport unsur nadir bumi dan magnet
China mula menggantung eksport unsur nadi bumi (REE) dan magnet dengan unsur nadi bumi minggu ini selepas arahan diberikan kerajaan.
7. ASEAN amal pendekatan angkat ekonomi serantau, jamin pertumbuhan bersama - Anwar
ASEAN mengamalkan pendekatan mengangkat kedudukan ekonomi serantau bagi pertumbuhan ekonomi yang selesa kepada semua demi keamanan dan kemakmuran rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8. Hospital Al-Ahli lumpuh, kanak-kanak maut di tengah kegagalan sistem kesihatan gaza - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan seorang kanak-kanak maut selepas rawatan perubatan terganggu akibat serangan di Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza yang kini terpaksa dihentikan operasinya.
9. Indonesia akan adakan perbincangan perdagangan dengan AS berkaitan tarif
Indonesia sedang membuat persiapan untuk mengadakan rundingan peringkat tinggi dengan pegawai Amerika Syarikat (AS) pada penghujung bulan ini bagi membincangkan kadar tarif baharu yang dikenakan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump pada 2 April lalu serta memperkukuh hubungan ekonomi dua hala.
10. Singapura turunkan unjuran KDNK 2025 susulan impak tarif AS
Singapura bertindak menurunkan unjuran pertumbuhan ekonominya dalam julat 0.0-2.0 peratus bagi 2025 susulan impak pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi dan perdagangan global selain prestasi suku pertama republik itu.