awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Korea Selatan hadir perbicaraan jenayah pertama atas tuduhan pemberontakan

Bernama
Bernama
14/04/2025
04:45 MYT
Bekas Presiden Korea Selatan hadir perbicaraan jenayah pertama atas tuduhan pemberontakan
Yoon menghadapi pertuduhan mengetuai pemberontakan melalui pengisytiharan undang-undang tentera secara singkat pada 3 Disember. - Gambar/ Reuters
SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Isnin menghadiri perbicaraan jenayah pertamanya atas tuduhan pemberontakan berkaitan percubaannya untuk melaksanakan undang-undang tentera pada Disember lepas, lapor Agensi Berita Yonhap.
Yoon tiba di Mahkamah Daerah Pusat Seoul dengan menaiki kenderaan keselamatan berwarna hitam dan memasuki bangunan melalui tempat letak kereta bawah tanah.
Perbicaraan pertama bermula sebelum 10 pagi, dengan Yoon duduk di tempat duduk tertuduh mengenakan sut berwarna biru gelap. Fotografi dan rakaman oleh pihak media tidak dibenarkan mengikut perintah mahkamah.
Yoon, bekas pendakwa raya tertinggi, menghadapi pertuduhan mengetuai pemberontakan melalui pengisytiharan undang-undang tentera secara singkat pada 3 Disember.
Beliau menghadapi pendakwaan di Parlimen beberapa hari kemudian dan dilucutkan jawatan secara rasmi pada 4 April selepas Mahkamah Perlembagaan sebulat suara mengesahkan pendakwaannya.
Semasa perbicaraan Isnin, mahkamah akan melakukan pengesahan identiti terhadap Yoon sebelum pihak pendakwaan dan pasukan pembelaan masing-masing mengemukakan pertuduhan serta hujah.
Dua pegawai tentera akan dipanggil sebagai saksi.
Sejak disingkirkan, Yoon telah berpindah dari kediaman rasmi presiden di Hannam-dong, Seoul dan kembali ke kediaman peribadinya yang terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Bekas Presiden
#Yoon Suk Yeol
#perbicaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan