DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 April 2025.
Visi dan gaya kepimpinan Xi Jinping dalam menerajui pentadbiran China, terutamanya dalam soal pembangunan ekonomi dan pengurangan kadar kemiskinan adalah sesuatu yang jarang dicapai oleh pemimpin dunia dalam era moden.
Beberapa perniagaan kecil di Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memfailkan saman bagi mencabar kuasa White House mengenakan tarif secara unilateral pada 2 April.
Harga emas di China melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah susulan kenaikan berterusan harga emas antarabangsa.
Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa China kini berdepan kadar cukai baharu sehingga 245 peratus ekoran tindak balas perdagangan oleh Beijing, menurut kenyataan White House pada Selasa.
Menteri-menteri Luar negara Kumpulan Tujuh (G7) pada Selasa menyeru kepada pelaksanaan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat di Sudan, berikutan konflik berdarah antara Angkatan Tentera Sudan dan kumpulan Rapid Support Forces (RSF) yang kini memasuki tahun ketiga sejak ia tercetus pada April 2023.
Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda wilayah Nuristan di timur Afghanistan pada pagi Rabu.
Sebuah mahkamah di Peru pada Selasa menjatuhi hukuman penjara 15 tahun terhadap bekas Presiden Ollanta Humala dan isterinya, Nadine Heredia atas pertuduhan pengubahan wang haram.
China melantik wakil perdagangan antarabangsa baharu di Kementerian Perdagangan (Mofcom) pada Rabu di tengah-tengah perang perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).
Jelajah Presiden China, Xi Jinping ke beberapa negara ASEAN minggu ini dianggap sebagai usaha untuk 'menjatuhkan' Amerika Syarikat.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menyertai para pemimpin serantau lain dalam mengenang jasa dan sumbangannya.