awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

White House umum China berdepan tarif sehingga 245 peratus akibat tindak balas dagang

Bernama
Bernama
16/04/2025
08:50 MYT
White House umum China berdepan tarif sehingga 245 peratus akibat tindak balas dagang
China menaikkan tarif ke atas produk AS sehingga 125 peratus, manakala Presiden Trump menaikkan tarif ke atas barangan dari China kepada 145 peratus dengan tempoh penangguhan 90 hari bagi produk dari negara-negara lain. -Gambar hiasan/Adobe stock
ISTANBUL: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa China kini berdepan kadar cukai baharu sehingga 245 peratus ekoran tindak balas perdagangan oleh Beijing, menurut kenyataan White House pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • AS mengumumkan China berdepan kadar cukai baharu sehingga 245 peratus ekoran tindak balas perdagangan oleh Beijing.
  • China mengharamkan eksport beberapa logam penting dan menggantung eksport enam logam nadir bumi berat serta magnet nadir bumi.
  • China menaikkan tarif ke atas produk AS sehingga 125 peratus, manakala Presiden Trump menaikkan tarif ke atas barangan dari China kepada 145 peratus dengan tempoh penangguhan 90 hari bagi produk dari negara-negara lain.

Langkah itu menyusuli arahan pentadbiran terbaharu Presiden Trump yang melancarkan siasatan keselamatan negara terhadap import bahan mentah penting.
Arahan itu turut memperincikan penjelasan untuk tarif timbal balik yang diumumkan pada 2 April lalu.
"China kini berdepan tarif sehingga 245 peratus ke atas import ke AS susulan tindak balas perdagangan mereka.
"Lebih 75 negara telah menghubungi AS untuk merundingkan perjanjian dagang baharu. Sehubungan itu, tarif yang lebih tinggi terhadap negara-negara lain kini ditangguhkan bagi memberi laluan kepada rundingan, kecuali China yang bertindak balas.
"Beberapa bulan lalu, China mengharamkan eksport galium, germanium, antimoni serta pelbagai logam lain yang berpotensi digunakan dalam sektor pertahanan.
"Minggu ini, China turut menggantung eksport enam logam nadir bumi berat serta magnet nadir bumi - komponen penting dalam sektor automotif, aeroangkasa, semikonduktor dan kontraktor ketenteraan global," menurut kenyataan rasmi itu.
Walaupun kadar tarif sebenar tidak dinyatakan secara terperinci, kenyataan itu memberi bayangan bahawa kadar tertinggi boleh mencecah 245 peratus.
Sebagai tindak balas, China minggu lalu menaikkan tarif ke atas produk AS sehingga 125 peratus, manakala Presiden Trump pula menaikkan tarif ke atas barangan dari China kepada 145 peratus namun mengenakan tempoh penangguhan 90 hari bagi tarif ke atas produk dari negara-negara lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#White House
#China
#Amerika Syarikat
#kadar cukai baharu
#tindak balas perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan