DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 17/04/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 April 2025.


1.Korban keganasan zionis di Gaza meningkat kepada 51,065

Jumlah korban susulan serangan tanpa henti rejim zionis di Gaza meningkat kepada 51,065 orang sejak konflik bermula pada 7 Oktober 2023.



2. Tarif Trump: Tengku Zafrul, Amir Hamzah ke White House bawa suara ASEAN

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan ke Amerika Syarikat hujung bulan ini bagi mengadakan rundingan isu tarif.


3. PAP Singapura lancar manifesto menjelang PRU2025

Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura Lawrence Wong pada Khamis melancarkan manifesto parti itu menjelang pilihan raya umum (PRU) yang dijangka sukar bulan depan.


4. Tarif Trump: Pengerusi Rizab Persekutuan AS beri amaran peningkatan inflasi

Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell memberi amaran dasar tarif agresif Presiden Donald Trump berkemungkinan mendorong peningkatan inflasi serta memperlahankan pertumbuhan ekonomi.


5. Israel terus halang pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza - PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel terus menghalang pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza, dengan menyatakan bahawa bantuan tidak memasuki wilayah itu hampir dua bulan.


6. Malaysia, China komited kekalkan keamanan dan kestabilan Laut China Selatan

Malaysia dan China mengulangi komitmen untuk mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.


7. Dua maut, 16 cedera akibat serangan dron Rusia

Serangan dron besar-besaran Rusia mengakibatkan dua maut dan sekurang-kurangnya 16 orang cedera pada petang Rabu di bandar Dnipro di tenggara Ukraine.


8. Suruhanjaya Eropah cadang keluarkan senarai negara asal selamat, pencari suaka

Suruhanjaya Eropah mencadangkan penubuhan senarai menyeluruh Kesatuan Eropah (EU) bagi negara asal yang dianggap selamat untuk mempercepat proses permohonan suaka di seluruh blok itu.


9. Pentadbiran Trump batal lebih 600 visa pelajar antarabangsa di lebih 90 universiti AS

Lebih 600 pelajar antarabangsa, pensyarah dan penyelidik dari sekurang-kurangnya 90 universiti di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan kehilangan visa mereka selepas tindakan pembatalan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.


10. Pelawat asing ke Jepun catat rekod 3.5 juta pada Mac

Bilangan pelawat asing ke Jepun pada Mac meningkat 13.5 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada rekod 3.5 juta orang bagi bulan itu, menurut data rasmi pada Rabu, menekankan bahawa ledakan pelancongan di negara Asia itu kekal kukuh.



#berita pilihan #antarabangsa #Donald Trump #tarif