NATIONAL
Tarif Trump: Tengku Zafrul, Amir Hamzah ke White House bawa suara ASEAN

Fahmi berkata, perbincangan bersama pentadbiran White House itu adalah usaha Malaysia membawa suara ASEAN dalam menangani impak tarif secara bersama. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan ke Amerika Syarikat hujung bulan ini bagi mengadakan rundingan isu tarif.
Ringkasan AI
- Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan ke Amerika Syarikat untuk rundingan isu tarif hujung bulan ini.
- Perbincangan dengan White House bertujuan membawa suara ASEAN dalam menangani impak tarif secara bersama.
- Negara ASEAN terjejas termasuk Kemboja, Laos, Vietnam, dan Myanmar dengan tarif asas dan timbal balik yang tinggi.
“Pada hujung bulan nanti, mereka akan membawa apa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat itu untuk memulakan perbincangan dengan Rumah Putih mengenai isu tarif.
“Ini juga hasil daripada kesepakatan dalam kalangan negara-negara ASEAN untuk mendepani isu tarif AS secara bersama. Jadi kita akan lihat hasilnya setelah mereka pulang nanti,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Selain Malaysia, antara negara ASEAN yang terjejas ialah Kemboja yang dikenakan tarif asas dan timbal balik sebanyak 49 peratus, Laos sebanyak 48 peratus, Vietnam dengan 46 peratus dan Myanmar 44 peratus.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami