INTERNATIONAL
Tarif Trump: Pengerusi Rizab Persekutuan AS beri amaran peningkatan inflasi

Jerome Powell (foto) beri amaran bahawa dasar tarif agresif Trump boleh meningkatkan inflasi dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell memberi amaran dasar tarif agresif Presiden Donald Trump berkemungkinan mendorong peningkatan inflasi serta memperlahankan pertumbuhan ekonomi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Jerome Powell memberi amaran bahawa dasar tarif agresif Trump boleh meningkatkan inflasi dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi.
- Walaupun inflasi mungkin sementara, ia boleh menjadi lebih berterusan bergantung kepada situasi.
- Kadar faedah dijangka tidak berubah pada Mei, walaupun Trump mendesak penurunan kadar.
Kenyataan Powell itu selari dengan amaran yang dibuat ahli lembaga Rizab Persekutuan Christopher Waller, awal minggu ini yang turut menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan kerosakan kepada ekonomi AS akibat dasar perdagangan berkenaan.
Kadar faedah dijangka tidak berubah pada Mei.
Keputusan kadar faedah seterusnya akan diumumkan pada bulan Mei. Walaupun Trump terus mendesak supaya kadar itu diturunkan, penganalisis secara umumnya menjangkakan Rizab Persekutuan akan mengekalkan kadar penanda aras semasa.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami