INTERNATIONAL

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 25/04/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 April 2025.


1. California atasi Jepun sebagai ekonomi keempat terbesar dunia

California mengatasi Jepun untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia, menurut Gabenor Gavin Newsom yang memetik data Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Biro Analisis Ekonomi Amerika Syarikat (AS).



2. Jeneral kanan tentera Rusia terbunuh dalam letupan kereta

Jeneral kanan tentera Rusia, Leftenan Yaroslav Moskalik terbunuh dalam satu letupan kereta di bandar Balashikha, kira-kira 20 kilometer di timur Moscow.


3. PM Thailand Paetongtarn dimasukkan ke hospital alami demam panas

Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dimasukkan ke hospital pada Khamis akibat demam panas selepas pulang dari lawatan rasmi dua hari ke Kemboja.


4. Kamar Rayuan ICC tolak permohonan batalkan waran tangkap Netanyahu dan Gallant

Kamar Rayuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis menolak permohonan untuk membatalkan atau menggantung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant.


5. AS sahkan rundingan nuklear seterusnya dengan Iran akan diadakan di Oman esok

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengesahkan bahawa pusingan seterusnya rundingan nuklear tidak langsung dengan Iran akan diadakan pada Sabtu ini di Oman, dengan Michael Anton, pengarah perancangan dasar Jabatan Negara, mengetuai delegasi teknikal AS.


6. Pekerja boleh jimat 122 jam setahun dengan guna AI dalam tugasan pentadbiran - Google

Ekonomi Britain berpotensi meraih keuntungan sehingga 400 bilion pound (kira-kira RM2.5 trilion) hasil pertumbuhan berasaskan kecerdasan buatan (AI) sekiranya tenaga kerja negara itu dilatih untuk memanfaatkan teknologi tersebut, menurut laporan Google.


7. Empat panda akan kembali ke China dari zoo Jepun pada Jun

Kesemua empat ekor panda gergasi yang dipinjamkan ke sebuah zoo di barat Jepun akan dihantar pulang ke China akhir Jun ini, lebih awal daripada tarikh tamat perjanjian pajakan, menurut pengendali zoo itu pada Khamis.


8. Cadangan India sekat akses Pakistan terhadap Sungai Indus mungkin ambil masa bertahun

Rancangan India untuk menamatkan akses Pakistan kepada sistem Sungai Indus mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dilaksanakan, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik akhbar harian India Tribune pada Jumaat, dengan merujuk kepada sumber yang tidak dinamakan.


9. Tarif Trump: Jepun umum langkah kecemasan ekonomi bendung kesan tarif AS

Kerajaan Jepun pada Jumaat mengumumkan pakej langkah kecemasan ekonomi bagi menangani kesan negatif tarif lebih tinggi yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, menjelang pusingan kedua rundingan perdagangan dua hala yang dijadualkan minggu depan.


10. PBB gesa Pakistan, India redakan ketegangan susulan serangan Kashmir

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa India dan Pakistan agar mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan keadaan susulan serangan maut di Jammu dan Kashmir yang mengorbankan 26 orang.




#berita pilihan #antarabangsa #tarif Trump #Berita AWANI #berita global