awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB gesa Pakistan, India redakan ketegangan susulan serangan Kashmir

Bernama
Bernama
25/04/2025
09:40 MYT
PBB gesa Pakistan, India redakan ketegangan susulan serangan Kashmir
PBB menggesa India dan Pakistan untuk mengelak daripada tindakan yang boleh memburukkan keadaan selepas serangan maut di Jammu dan Kashmir yang mengorbankan 26 orang. -Gambar fail/AP
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa India dan Pakistan agar mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan keadaan susulan serangan maut di Jammu dan Kashmir yang mengorbankan 26 orang, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • PBB menggesa India dan Pakistan untuk mengelak daripada tindakan yang boleh memburukkan keadaan selepas serangan maut di Jammu dan Kashmir yang mengorbankan 26 orang.
  • Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres memantau situasi dengan penuh kebimbangan dan menekankan pentingnya penyelesaian secara aman melalui rundingan.
  • PBB mengutuk serangan pengganas di Jammu dan Kashmir pada 22 April yang meragut banyak nyawa orang awam.

Jurucakap PBB Stephane Dujarric berkata Setiausaha Agung Antonio Guterres belum mengadakan sebarang perhubungan langsung dengan kerajaan kedua-dua negara dalam tempoh 24 jam lalu, namun memantau situasi itu "dengan sangat teliti dan penuh kebimbangan."
"Kami telah menyatakan dengan jelas kecaman terhadap serangan pengganas di Jammu dan Kashmir pada 22 April yang meragut banyak nyawa orang awam," katanya pada sidang media di New York, Khamis.
Beliau turut menggesa kedua-dua negara supaya "mengelak daripada sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan."
"Sebarang isu antara Pakistan dan India perlu diselesaikan secara aman menerusi rundingan bermakna antara kedua-dua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#PBB
#India
#Pakistan
#Serangan maut
#Jammu dan Kashmir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan