INTERNATIONAL
Kamar Rayuan ICC tolak permohonan batalkan waran tangkap Netanyahu dan Gallant

Waran tangkap dikeluarkan berdasarkan bukti munasabah terhadap tanggungjawab Netanyahu (kiri) dan Gallant atas jenayah perang dan kemanusiaan. - Gambar fail/Reuters
THE HAGUE: Kamar Rayuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis menolak permohonan untuk membatalkan atau menggantung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant.
Ringkasan AI
- ICC menolak permohonan untuk membatalkan atau menggantung waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant, yang dikeluarkan pada 21 November 2024.
- Mahkamah Rayuan ICC mengarahkan isu bidang kuasa, yang melibatkan jenayah di Gaza dan Tebing Barat, dikembalikan kepada Kamar Praperbicaraan untuk pemeriksaan lanjut.
- Waran tangkap dikeluarkan berdasarkan bukti munasabah terhadap tanggungjawab Netanyahu dan Gallant atas jenayah perang dan kemanusiaan, meskipun semakan bidang kuasa sedang dijalankan.
Keputusan itu mengarahkan supaya isu bidang kuasa dikembalikan kepada Kamar Praperbicaraan ICC, yang pada asalnya mengeluarkan waran tangkap pada 21 Nov 2024. Kamar Praperbicaraan sebelum ini mendapati ada asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu dan Gallant bertanggungjawab terhadap jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Kamar itu menegaskan bahawa waran tangkap tersebut tetap sah dan tidak terjejas oleh semakan bidang kuasa, yang kini akan diteruskan dengan pemeriksaan lanjut terhadap hujah undang-undang Israel.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami