DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 April 2025.
1. Trump raikan 100 hari pertama penggal kedua sebagai Presiden
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, meraikan pencapaian 100 hari pertama penggal keduanya dengan mengadakan satu perhimpunan di Michigan pada Selasa.
2. Trump rancang pengecualian cukai untuk alat ganti kereta selepas aduan industri
Pengeluar kereta di Amerika Syarikat bakal menerima pelepasan daripada tarif ke atas komponen kenderaan, menurut seorang pegawai kanan Jabatan Perdagangan.
3. Pendakwa raya Korea Selatan geledah kediaman bekas presiden Yoon
Pendakwa raya Korea Selatan pada Rabu bertindak menggeledah kediaman bekas Presiden Yoon Suk Yeol sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pelbagai dakwaan membabitkan hubungan antara keluarganya dengan seorang bomoh kontroversi.
4. PBB beri amaran perkhidmatan kesihatan di Gaza kian lumpuh akibat sekatan bahan api Israel
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Selasa bahawa perkhidmatan kesihatan asas di Semenanjung Gaza kini semakin lumpuh susulan tindakan berterusan pihak berkuasa Israel menghalang akses kepada bahan api dan bantuan penting.
5. Pihak keselamatan Mekah tahan empat warga asing promosi kempen haji palsu dan mengelirukan
Rondaan keselamatan di Mekah menahan empat warga China atas kesalahan penipuan selepas mereka mempromosikan iklan kempen haji palsu dan mengelirukan di media sosial, kononnya menawarkan penginapan dan pengangkutan di tanah suci.
6. Tarif AS bantutkan peluang pertumbuhan 3 peratus Thailand
Sasaran tiga peratus pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Thailand mungkin tidak dapat dicapai tahun ini akibat tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
7. Negara BRICS sokong penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan, urus niaga
Para Menteri menekankan kepentingan memperluas penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan dan penyelesaian kewangan antara negara BRICS dan rakan dagang mereka.
8. 22 maut, 3 cedera dalam kebakaran restoran di China
Kebakaran itu bermula pada jam 12.25 tengah hari di restoran berkenaan yang terletak di kawasan perumahan Liaoyang, sebuah bandar di daerah Liaoning.
9. Angka korban di Gaza cecah 52,400 susulan serangan berterusan Israel
Kementerian Kesihatan Palestin turut memaklumkan seramai 109 lagi mangsa cedera dibawa ke hospital, menjadikan jumlah keseluruhan yang cedera akibat serangan itu meningkat kepada 118,014 orang.
10. Serangan udara Israel hancurkan masjid di Gaza, ramai cedera di kem pelarian Nuseirat
Menurut saksi, serangan udara itu menyebabkan kemusnahan masjid berkenaan serta mencederakan sejumlah besar orang awam.