awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakwa raya Korea Selatan geledah kediaman bekas presiden Yoon

Bernama
Bernama
30/04/2025
03:40 MYT
Pendakwa raya Korea Selatan geledah kediaman bekas presiden Yoon
Yoon tiba untuk menghadiri perbicaan kes pertuduhan jenayah ke atasnya di Mahkamah Daerah Tengah Seoul, Seoul, 21 Apr 2025. - Gambar fail AP
SEOUL: Pendakwa raya Korea Selatan pada Rabu bertindak menggeledah kediaman bekas Presiden Yoon Suk Yeol sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pelbagai dakwaan membabitkan hubungan antara keluarganya dengan seorang bomoh kontroversi, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pejabat Pendakwa Raya Daerah Selatan Seoul mengerahkan pasukan pendakwa dan penyiasat ke kediaman Yoon di Seocho-dong, selatan Seoul bagi mendapatkan bukti berkaitan dakwaan melibatkan bomoh Jeon Seong-bae, yang turut dikenali sebagai Geon Jin.
Difahamkan, pihak pendakwa sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kanan Gereja Unification menyerahkan rantai leher berlian dan beg tangan mewah kepada Jeon tidak lama selepas Yoon memenangi pilihan raya presiden pada 2022, sebagai hadiah kepada bekas Wanita Pertama, Kim Keon Hee.
Mereka juga sedang berusaha mengesahkan kesahihan penyerahan hadiah itu kepada Jeon dan sama ada mana-mana hadiah telah diserahkan kepada Kim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Yoon Suk Yeol
#geledah rumah
#bomoh Jeon Seong-bae
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami