INTERNATIONAL
Negara BRICS sokong penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan, urus niaga

BRICS menekankan keperluan untuk melaksanakan pembaharuan menyeluruh terhadap sistem kewangan global bagi memperkukuh suara negara membangun dan meningkatkan perwakilan dalam institusi kewangan antarabangsa.
RIO DE JANEIRO: Menteri-menteri Luar negara BRICS menyatakan sokongan terhadap penggunaan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan dan kewangan, serta mengarahkan menteri kewangan dan gabenor bank pusat masing-masing untuk merangka mekanisme yang bersesuaian, menurut deklarasi yang diterima pakai selepas mesyuarat di Rio de Janeiro, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).
Ringkasan AI
- Menteri-menteri Luar negara BRICS menyokong penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan dan kewangan, serta mengarahkan menteri kewangan dan gabenor bank pusat untuk merangka mekanisme yang bersesuaian.
- Mereka menekankan keperluan untuk melaksanakan pembaharuan menyeluruh terhadap sistem kewangan global bagi memperkukuh suara negara membangun dan meningkatkan perwakilan dalam institusi kewangan antarabangsa.
- Para Menteri mengiktiraf kepentingan memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam sektor mineral kritikal untuk memastikan sumber tersebut menyumbang kepada pembangunan yang inklusif dan saksama.
Para Menteri juga menekankan keperluan untuk melaksanakan pembaharuan menyeluruh terhadap sistem kewangan global bagi memperkukuh suara negara membangun serta meningkatkan perwakilan mereka dalam institusi kewangan antarabangsa.
Mereka turut mengulangi gesaan agar pembaharuan institusi kewangan antarabangsa memberi tumpuan kepada peningkatan kapasiti pembiayaan dan memudahkan akses kepada sumber, khususnya bagi negara membangun dan negara kurang membangun.
Selain itu, para Menteri mengesahkan peranan penting Kumpulan Dua Puluh (G20) sebagai forum utama bagi kerjasama ekonomi antarabangsa yang menggabungkan ekonomi pesat membangun dan negara maju.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa para Menteri mengiktiraf kepentingan memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam sektor mineral kritikal, termasuk melalui pelaksanaan dasar perindustrian hiliran, pemindahan teknologi dan amalan mampan, untuk memastikan sumber itu menyumbang kepada pembangunan yang inklusif dan saksama, khususnya bagi negara asal sumber, menurut deklarasi itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami