DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 13/05/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Mei 2025.


1. PM Australia Albanese, menteri angkat sumpah selepas menang pilihan raya

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dan para menterinya telah mengangkat sumpah selepas Parti Buruh memenangi penggal kedua dalam pilihan raya persekutuan.



2. Trump tiba di Riyadh

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Arab Saudi bagi memulakan lawatan kerja rasmi empat hari di Asia Barat.


3. Perjanjian perdagangan AS-China cetus lonjakan di Wall Street

Saham Amerika Syarikat (AS) melonjak tinggi pada dagangan Isnin, menghapuskan kelemahan sederhana yang dicatatkan minggu lalu.


4. Trump mulakan lawatan 'Diplomasi Teluk' untuk teguhkan hubungan strategik - Pakar

Lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke beberapa negara Teluk dilihat sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik, khususnya dalam bidang ekonomi.


5. Rusia anggap rundingan dengan Malaysia penting, Kremlin sahkan persiapan sedang berjalan

Lawatan Perdana Menteri Anwar mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Rusia.


6. Turkiye terajui diplomasi keamanan global - Erdogan

"Kami sokong komitmen Trump untuk menyelesaikan konflik melalui dialog dan diplomasi," kata Erdogan selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.


7. Diddy berdepan tuduhan pemerdagangan seks, saksi dakwa pernah saksikan perlakuan tidak sopan

Saksi menceritakan satu insiden di sebuah hotel di New York, di mana Diddy didakwa bertindak kasar terhadap Ventura dan mencederakannya secara fizikal.


8. "Bodoh saya kalau tolak" - Trump pertahan terima hadiah jet dari keluarga diraja Qatar

"Saya bukan jenis orang yang akan menolak tawaran begitu. Saya boleh jadi orang bodoh jika menolak tawaran jet dari Qatar."


9. Nissan bakal hentikan 20,000 pekerja di seluruh dunia, timbang tutup kilang di Jepun

Pengurangan itu mewakili sekitar 15 peratus tenaga kerja global Nissan.


10. Sekurang-kurangnya 13 maut, termasuk empat anggota tentera, dalam letupan peluru di Indonesia

Letupan berlaku kira-kira 9.30 pagi Isnin di kawasan terpencil di Garut, lokasi rutin pemusnahan peluru usang oleh Tentera Darat Indonesia.



#berita pilihan #antarabangsa #Hubungan dua hala #lawatan rasmi