awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Lebih 5,000 senjata api tiruan dirampas dalam serbuan di tiga negeri
MALAYSIA
P.Pinang lancar Silicon Research & Incubation Space pacu industri reka bentuk litar bersepadu
HIBURAN
'ATM Rampas Kuala Lumpur' simbolik sedekad perjuangan muzik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

Sekurang-kurangnya 13 maut, termasuk empat anggota tentera, dalam letupan peluru di Indonesia

Bernama
Bernama
13/05/2025
00:20 MYT
Sekurang-kurangnya 13 maut, termasuk empat anggota tentera, dalam letupan peluru di Indonesia
Susulan kejadian letupan peluru di Daerah Garut, Wilayah Jawa Barat, pada pagi Isnin, pihak berkuasa Indonesia terus mengawal serta membersihkan kawasan itu kerana dikhuatiri masih terdapat bahan letupan yang belum dimusnahkan. - Foto Polis Garut
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk empat anggota tentera maut dalam insiden letupan semasa pemusnahan peluru tamat tempoh di Wilayah Jawa Barat, Indonesia, menurut pihak berkuasa.
Letupan itu berlaku kira-kira 9.30 pagi waktu tempatan pada Isnin di kawasan terpencil di Daerah Garut, lokasi rutin pemusnahan peluru usang oleh Tentera Darat Indonesia.
Ketua Pusat Penerangan TNI Angkatan Darat, Brig Jen Kristomei Sianturi berkata semua mangsa telah dibawa keluar dari lokasi kejadian di Kampung Sagara, Cibalong dan dihantar ke Hospital Pameungpeuk untuk proses bedah siasat.
Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan dan pihak berkuasa terus mengawal serta membersihkan kawasan itu kerana dikhuatiri masih terdapat bahan letupan lain yang belum dimusnahkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#tentera maut
#letupan peluru
#pemusnahan peluru tamat tempoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami