INTERNATIONAL

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 20/05/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Mei 2025.
1. Kira-kira 100 trak bantuan dilulus masuk ke Gaza - Pejabat Kemanusiaan PBB
Jurucakap OCHA Jens Laerke berkata pihaknya telah memohon dan menerima kelulusan untuk lebih banyak trak masuk hari ini.
2. Indonesia pantau lonjakan kes COVID-19 di Asia, situasi domestik terkawal
Peningkatan kes berlaku seiring peningkatan mobiliti awam, dengan ramai rakyat Indonesia ke luar negara bagi menghadiri acara antarabangsa.
3. Banjir Australia Timur: Arahan pemindahan dikeluarkan
Arahan pemindahan telah dikeluarkan dan lebih 20 orang diselamatkan susulan kejadian banjir di negeri New South Wales (NSW).
4. Seludup bahan letupan: Venezuela gantung penerbangan keluar, masuk dari Colombia
Venezuela menggantung semua penerbangan ke dan dari Colombia selepas pihak berkuasa mendedahkan satu rancangan mengenai penyeludupan bahan letupan ke negara itu.
5. Menteri-menteri luar termasuk Eropah desak Israel buka semula akses bantuan kemanusiaan ke Gaza
Menteri-menteri luar dari lebih 20 negara termasuk Jerman, Perancis dan Britain menggesa Israel membenarkan akses bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza sepenuhnya.
6. 30 diselamat selepas kapal Indonesia terbalik berhampiran Pedra Branca
Kesemua 30 orang yang berada di atas kapal berdaftar di Indonesia, Facific Memory II berjaya diselamatkan daripada perairan berhampiran Pedra Branca pada Selasa.
7. Raja Salman titah tajaan 1,000 jemaah haji Palestin daripada keluarga syahid, cedera
Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menitahkan penajaan 1,000 jemaah haji dari kalangan keluarga syahid, tahanan dan mereka yang tercedera dalam kalangan rakyat Palestin untuk menunaikai badah Haji pada tahun ini.
8. Asia Tenggara dilanda 44 bencana besar minggu lalu - AHA Centre
Asia Tenggara mengalami 44 kejadian bencana besar minggu lalu termasuk banjir, tanah runtuh dan angin kencang.
9. Umat Islam diseru laksana solat Hajat, Qunut Nazilah tanda solidariti terhadap Palestin
Seluruh umat Islam di negara ini diseru menzahirkan solidariti dan keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Palestin dengan melaksanakan solat Hajat dan Qunut Nazilah.
10. Enam dikhuatiri tertimbus akibat tanah runtuh di Jawa Timur
Seramai enam orang dikhuatiri tertimbus selepas kejadian tanah runtuh melanda daerah Trenggalek di Jawa Timur ekoran hujan lebat lebih sejam, menurut pegawai tempatan pada Selasa.
#berita pilihan #antarabangsa #COVID-19 #tanah runtuh