awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
KPDN kaji sekatan kad kredit asing untuk pembelian RON95 bersubsidi
2 maut selepas helikopter tentera terhempas di Gapyeong, Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seludup bahan letupan: Venezuela gantung penerbangan keluar, masuk dari Colombia

Bernama
Bernama
20/05/2025
10:45 MYT
Seludup bahan letupan: Venezuela gantung penerbangan keluar, masuk dari Colombia
Menteri Dalam Negeri Venezuela berkata, kerajaan memutuskan untuk segera menggantung semua lalu lintas udara antara Venezuela dan Colombia. - Gambar hiasan
CARACAS: Venezuela menggantung semua penerbangan ke dan dari Colombia selepas pihak berkuasa mendedahkan satu rancangan mengenai penyeludupan bahan letupan ke negara itu melalui lapangan terbang Colombia pada Isnin, lapor Xinhua.
Menteri Dalam Negeri Venezuela, Diosdado Cabello berkata keputusan itu dibuat sebagai tindak balas terhadap rancangan penggulingan, termasuk serangan bom ke atas kedutaan asing, balai polis dan kemudahan kesihatan di Venezuela.
"Kami memutuskan untuk segera menggantung semua lalu lintas udara antara Venezuela dan Colombia," kata Cabello sambil menambah bahawa langkah itu adalah bagi tujuan keselamatan menghalang sebarang penyusupan lanjut.
Rancangan itu bertujuan mengganggu pilihan raya perundangan peringkat nasional dan serantau yang dijadual berlangsung pada 25 Mei, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Venezuela
#Colombia
#bahan letupan
#serangan bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami