INTERNATIONAL
Menteri-menteri luar termasuk Eropah desak Israel buka semula akses bantuan kemanusiaan ke Gaza

Mereka menyatakan kebimbangan terhadap sekatan Israel yang menyebabkan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas, serta risiko kebuluran di Gaza. - Gambar/ AP
BERLIN: Menteri-menteri luar dari lebih 20 negara termasuk Jerman, Perancis dan Britain menggesa Israel membenarkan akses bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza sepenuhnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Menteri luar dari 22 negara, termasuk Jerman, Perancis dan Britain, menggesa Israel membenarkan sepenuhnya bantuan kemanusiaan ke Gaza.
- Mereka menyatakan kebimbangan terhadap sekatan Israel yang menyebabkan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas, serta risiko kebuluran di Gaza.
- Dua tuntutan utama dikemukakan: benarkan bantuan disambung segera dan beri kebebasan kepada PBB serta organisasi kemanusiaan untuk beroperasi.
Kenyataan itu, yang ditandatangani oleh menteri luar dari 22 negara, mengkritik tindakan Israel yang hanya membenarkan lima trak membawa bekalan asas memasuki wilayah yang dikepung itu pada Isnin.
Para menteri mengemukakan dua tuntutan jelas terhadap Israel: " Benarkan bantuan disambung semula sepenuhnya ke Gaza dengan kadar segera dan membenarkan PBB serta organisasi kemanusiaan untuk beroperasi secara bebas dan adil bagi menyelamatkan nyawa, mengurangkan penderitaan, dan mengekalkan maruah manusia."
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami