DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Mei 2025.
1. PM Singapura Lawrence Wong umum barisan Kabinet baharu, angkat sumpah 23 Mei
Wong akan mengekalkan portfolio sebagai Menteri Kewangan, manakala tiada pelantikan Timbalan Perdana Menteri kedua bagi menggantikan Heng Swee Keat yang bersara.
2. Lima termasuk pelajar maut dalam serangan bom bunuh diri sasar bas sekolah di Pakistan
Serangan turut mencederakan lebih 30 orang, termasuk pelajar sekolah yang berada dalam bas ketika kejadian berlaku.
3. Pope Leo XIV desak Israel benarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Gesaan ini dibuat selepas Israel mengumumkan pembukaan semula laluan bantuan selepas 11 minggu sekatan, namun PBB melaporkan tiada bantuan telah diedarkan setakat ini.
4. Jepun sedia bersama ASEAN hulur bantuan kemanusiaan kepada Myanmar
Duta Besar Jepun ke Malaysia Noriyuki Shikata berkata Jepun berhasrat untuk membantu dan terlibat dalam usaha pemulihan semula Myanmar.
5. Itali desak Israel henti serangan ke atas Gaza, buka laluan bantuan kemanusiaan
Tajani menegaskan keperluan gencatan senjata dan pembebasan tebusan, serta memaklumkan bahawa 52 rakyat Palestin telah dipindahkan ke Jordan dan akan dibawa ke Itali untuk rawatan.
6. Panama tegaskan keneutralan Terusan Panama di Majlis Keselamatan PBB
Terusan Panama kekal neutral secara berterusan supaya dalam masa aman dan juga perang, ia kekal selamat dan terbuka untuk laluan.
7. UNIFIL suarakan kebimbangan terhadap kematian orang awam di selatan Lubnan
Tentera Israel telah mengarahkan pancaran laser ke arah anggota pengaman PBB yang sedang menjalankan operasi di Sektor Barat.
8. Pegawai polis antara mangsa cedera dalam serangan pisau di Belanda
Laporan awal media tempatan menyebut kemungkinan dua individu telah meninggal dunia.
9. India lancar boikot terhadap Turki susulan sokongan kepada Pakistan
Tindakan ini telah menyebabkan pembatalan besar-besaran perjalanan ke Turki serta sekatan terhadap produk negara itu di pasaran India.
10. AS tidak sertai Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan
Hubungan Afrika Selatan dan AS merosot selepas Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menandatangani Akta Pengambilalihan pada Januari.