awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengawal keselamatan menyamar anggota polis didenda RM6,000
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNIFIL suarakan kebimbangan terhadap kematian orang awam di selatan Lubnan

Bernama
Bernama
21/05/2025
10:25 MYT
UNIFIL suarakan kebimbangan terhadap kematian orang awam di selatan Lubnan
UNIFIL turut memaklumkan bahawa tentera Israel telah mengarahkan pancaran laser ke arah anggota pengaman PBB yang sedang menjalankan operasi. - AP
BEIRUT: Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) menyuarakan kebimbangan berhubung laporan kematian orang awam, termasuk dua kanak-kanak dalam serangan dron oleh tentera pendudukan Israel yang diperhatikan oleh misi itu di bandar Al-Mansouri dalam kawasan operasi mereka di selatan Lubnan.
Menurut Agensi Berita Qatar (QNA), UNIFIL turut memaklumkan bahawa tentera Israel telah mengarahkan pancaran laser ke arah anggota pengaman PBB yang sedang menjalankan operasi di Sektor Barat.
UNIFIL berkata ia terus membantah semua tindakan sedemikian dan mengingatkan semua pihak tentang tanggungjawab mereka untuk menjamin keselamatan dan perlindungan anggota serta harta tanah PBB, selain menghormati ketakbolehcabulan aset dan premis PBB pada setiap masa.
Serangan udara Israel di selatan Lubnan semalam mengakibatkan sembilan orang cedera.
Perjanjian gencatan senjata yang dicapai pada November lepas menetapkan pengunduran tentera Israel dari kampung dan bandar sempadan di selatan Lubnan dalam tempoh 60 hari.
Walaupun kerajaan Lubnan bersetuju melanjutkan tempoh perjanjian sehingga 18 Februari, tentera pendudukan Israel masih berada di lima lokasi dan terus melanggar perjanjian melalui operasi ketenteraan berulang.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#UNIFIL
#selatan Lubnan
#kematian orang awam
#anggota pengaman
#PBB
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan