awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Panama tegaskan keneutralan Terusan Panama di Majlis Keselamatan PBB

Bernama
Bernama
21/05/2025
10:25 MYT
Panama tegaskan keneutralan Terusan Panama di Majlis Keselamatan PBB
Terusan Panama kekal neutral secara berterusan supaya dalam masa aman dan juga perang, ia kekal selamat dan terbuka untuk laluan. - Reuters
PANAMA CITY: Panama menegaskan komitmennya untuk mengekalkan keneutralan Terusan Panama bagi semua kapal dari seluruh dunia, sama ada pada waktu aman mahupun semasa konflik, lapor Xinhua pada Selasa.
"Panama, sebagai pentadbir berdaulat Terusan Panama, secara rasmi mengisytiharkan bahawa terusan ini, sebagai laluan perairan untuk transit antarabangsa, akan kekal neutral secara berterusan supaya dalam masa aman dan juga perang, terusan ini kekal selamat dan terbuka untuk laluan aman semua kapal dari seluruh dunia dalam keadaan yang sepenuhnya saksama dan tanpa sebarang diskriminasi," kata Naib Menteri Luar Negeri Panama Carlos Hoyos.
Beliau berkata demikian semasa perbahasan mengenai pengukuhan keselamatan maritim di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Hoyos turut berkata lebih 8,800 kapal atau 15 peratus daripada armada antarabangsa, belayar di bawah sistem pendaftaran bendera Panama, yang menawarkan kelebihan seperti kos yang rendah.
Pihak Berkuasa Maritim Panama turut mempertingkat usaha untuk membersihkan armada perdagangannya melalui dasar toleransi sifar terhadap penyalahgunaan benderanya demi melindungi reputasi pendaftaran, kata naib menteri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terusan Panama
#neutral
#keamanan
#Majlis Keselamatan PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan