DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Jun 2025.
1.17 rakyat Palestin maut ditembak tentera Israel berhampiran tapak agihan bantuan
Sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin terbunuh manakala puluhan lagi cedera selepas ditembak tentera Israel ketika ribuan penduduk yang dipindahkan menghampiri tapak agihan bantuan di tengah Gaza pada Selasa, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
2. Perancis akan halang pengguna bawah 15 tahun akses media sosial
Perancis dilaporkan akan menghalang akses media sosial kepada remaja bawah 15 tahun dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.
3. Mesyuarat pertama mekanisme perundingan ekonomi dan perdagangan China-AS dibuka di London, tarik perhatian global
Mesyuarat pertama mekanisme perundingan ekonomi dan perdagangan China-Amerika Syarikat (AS) dibuka di sini pada Isnin, menarik perhatian sedunia.
4. Datuk Bandar Los Angeles umum perintah berkurung di pusat bandar
Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass mengumumkan perintah berkurung di beberapa kawasan di bandar itu susulan protes yang sedang berlangsung.
5. Jetstar Asia hentikan operasi mulai 31 Julai
Syarikat penerbangan tambang rendah yang berpangkalan di Singapura, Jetstar Asia akan menamatkan operasinya secara rasmi pada 31 Julai ini, menurut syarikat induk Qantas.
6. Presiden Mexico seru reformasi imigresen komprehensif di AS
Masalah imigresen tidak dapat diselesaikan dengan serbuan atau keganasan, sebaliknya memerlukan "reformasi imigresen komprehensif" yang mengiktiraf peranan migran di Amerika Syarikat, terutamanya mereka yang telah menetap di sana selama bertahun-tahun, kata Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum.
7. Jet pejuang Korea Selatan rosak di Alaska, juruterbang sempat melenting keluar
Sebuah jet pejuang KF-16 milik Korea Selatan yang terlibat dalam latihan udara bersama Amerika Syarikat di Alaska dilaporkan mengalami kerosakan, menurut Tentera Udara Korea Selatan.
8. Elon Musk kesal beberapa kenyataan dikeluarkannya mengenai Trump
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk, menyatakan rasa kesal terhadap beberapa kenyataan yang dibuatnya baru-baru ini mengenai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
9. Parti pembangkang kedua terbesar Jerman desak sekatan terhadap Smotrich, Ben-Gvir
Parti Hijau Jerman pada Rabu mengeluarkan gesaan agar kerajaan Berlin menyertai negara lain dalam mengenakan sekatan terhadap dua menteri kanan Israel atas dakwaan menghasut keganasan terhadap rakyat Palestin.
10. Poland dan Malaysia perlu perkukuh multilateralisme, keselamatan kolektif - Presiden Duda
Negara bersaiz sederhana seperti Poland dan Malaysia boleh memainkan peranan lebih aktif dalam mewujudkan sistem global yang lebih adil berasaskan keselamatan kolektif dan multilateralisme di tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, kata Presiden Poland Andrzej Duda.