DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 Julai 2025.
1. UNRWA desak PBB ambil alih agihan bantuan Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menggesa agar pengagihan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza dikendalikan semula oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
2. Turkiye selar seruan aneksasi Tebing Barat oleh menteri Israel
Kementerian Luar Negeri Turkiye hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi menolak sekeras-kerasnya desakan beberapa menteri Kabinet Israel yang menyeru agar Tebing Barat yang diduduki dianeksasi secara rasmi oleh Tel Aviv.
3. Empat didakwa di UK rosakkan pesawat tentera udara
Empat individu didakwa di United Kingdom (UK) selepas dua pesawat Voyager di pangkalan udara Brize Norton mengalami kerosakan bernilai 7 juta pound (AS$9.5 juta).
4. 82 termasuk penerima bantuan maut dalam serangan udara Israel di Gaza
Sekurang-kurangnya 82 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara dan tembakan oleh tentera Israel di seluruh Semenanjung Gaza sejak malam Rabu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza dan pegawai hospital tempatan.
5. WHO beri amaran sistem kesihatan Gaza berisiko lumpuh sepenuhnya
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa sistem kesihatan di Semenanjung Gaza berisiko lumpuh sepenuhnya tanpa bekalan bahan api, dan menggesa kemasukan segera bahan api ke wilayah itu.
6. OIC, Liga Arab dan Kesatuan Afrika keluarkan rayuan kecemasan untuk Gaza
Liga Arab, Kesatuan Afrika (AU) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) -- selaku mekanisme tiga pihak bagi menyokong perjuangan Palestin -- mengadakan mesyuarat perundingan bersama Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Kaherah bagi membincangkan situasi kemanusiaan yang amat kritikal di Semenanjung Gaza.
7. Sekatan ditarik balik, AS benarkan semula eksport teknologi cip ke China
Amerika Syarikat telah menarik balik keperluan lesen eksport bagi penjualan perisian reka bentuk cip atau Electronic Design Automation (EDA) kepada China, menurut notis rasmi yang diterima oleh Siemens AG, Synopsys Inc, dan Cadence Design Systems Inc.
8. Israel didakwa langgar Konvensyen Geneva, guna bom 230kg serang kafe Gaza
Serangan udara Israel ke atas Kafe Al-Baqa di Gaza City pada 30 Jun lalu telah mencetuskan kecaman antarabangsa selepas siasatan mendedahkan penggunaan bom MK-82 buatan Amerika Syarikat seberat 230 kilogram, yang lazimnya digunakan dalam zon konflik ketenteraan.
9. Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan Israel di Bandar Gaza
Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam satu serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah bangunan di Semenanjung Gaza.
10. 4 maut, 38 masih hilang dalam tragedi feri karam berhampiran Bali – Polis
Sekurang-kurangnya empat maut manakala 38 lagi masih dilaporkan hilang selepas sebuah feri yang membawa 65 orang karam di Selat Bali ketika dalam perjalanan dari pulau Jawa ke Bali.