awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC, Liga Arab dan Kesatuan Afrika keluarkan rayuan kecemasan untuk Gaza

Bernama
Bernama
03/07/2025
08:49 MYT
OIC, Liga Arab dan Kesatuan Afrika keluarkan rayuan kecemasan untuk Gaza
Mekanisme tiga pihak itu antara lain menyeru kepada penghentian segera tindakan genosid, kebuluran, sekatan dan pengusiran paksa. - AP
JEDDAH: Liga Arab, Kesatuan Afrika (AU) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) -- selaku mekanisme tiga pihak bagi menyokong perjuangan Palestin -- mengadakan mesyuarat perundingan bersama Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Kaherah bagi membincangkan situasi kemanusiaan yang amat kritikal di Semenanjung Gaza.
Mekanisme tiga pihak itu mengeluarkan rayuan kemanusiaan kecemasan yang menyeru kepada penghentian segera tindakan genosid, kebuluran, sekatan, pengusiran paksa dan pemusnahan infrastruktur, selain menggesa tindakan pantas untuk memenuhi keperluan kemanusiaan mendesak rakyat Palestin di Gaza.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), ketiga-tiga pihak menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap penderitaan kemanusiaan yang belum pernah berlaku sebelum ini dan semakin meruncing akibat genosid berterusan, pengusiran secara paksa, serta kemusnahan sistematik yang dilakukan oleh pendudukan Israel sejak Oktober 2023.
Mereka menegaskan bahawa tindakan itu merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, resolusi-resolusi berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Ia turut mengecam keras penggunaan kebuluran dan sekatan oleh pendudukan Israel sebagai senjata perang terhadap orang awam Palestin.
Mereka menggesa agar semua lintasan darat dan laut dibuka serta-merta dan secara kekal, selain memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan seperti makanan, air bersih, bahan api, ubat-ubatan dan tempat perlindungan dilakukan tanpa halangan, mencukupi dan berterusan.
Di samping itu, mereka menegaskan bahawa penyampaian bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza adalah satu hak yang sah dari segi undang-undang dan moral, serta menekankan keperluan mendesak untuk memperkasa UNRWA bagi melaksanakan peranan pentingnya.
Mekanisme tiga pihak itu turut mendesak masyarakat antarabangsa agar mengenakan tekanan yang efektif dan berterusan terhadap Israel selaku kuasa pendudukan, supaya membenarkan UNRWA dan rakan-rakannya menjalankan operasi dengan bebas, selamat dan tanpa gangguan.
Mereka juga menolak sebarang cubaan untuk melemahkan atau menggantikan mandat UNRWA, serta menyeru sokongan politik, kewangan dan perundangan sepenuhnya kepada agensi itu selaras dengan tanggungjawab yang ditetapkan oleh PBB.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#oic
#Liga Arab
#Kesatuan Afrika
#Gaza
#Palestin
#UNRWA
#genosid
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan