awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat didakwa di UK rosakkan pesawat tentera udara

Bernama
Bernama
03/07/2025
09:19 MYT
Empat didakwa di UK rosakkan pesawat tentera udara
Penunjuk perasaan pro-Palestin di UK terus memberi bantahan dan tekanan kepada pemerintah supaya menyegerakan sekatan ke atas Israel, serta menghentikan sebarang bentuk sokongan terhadap operasi tentera Israel. - AP
MOSCOW: Empat individu didakwa di United Kingdom (UK) selepas dua pesawat Voyager di pangkalan udara Brize Norton mengalami kerosakan bernilai 7 juta pound (AS$9.5 juta), lapor Sputnik/RIA Novosti memetik media tempatan.
Menurut Sky News pada Rabu, siasatan insiden itu dijalankan oleh polis antikeganasan.
Menurut laporan itu, mereka didakwa atas tuduhan berkonspirasi untuk memasuki kawasan larangan dengan tujuan menjejaskan keselamatan atau kepentingan UK, serta berkonspirasi untuk menyebabkan kerosakan jenayah.
Pada 20 Jun, aktivis Palestine Action telah menceroboh pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) terbesar, Brize Norton, di Oxfordshire dan merosakkan dua pesawat Airbus Voyager pengisi minyak menggunakan tuil besi selain menyembur cat merah pada turbin pesawat tersebut.
Kumpulan aktivis pro-Palestin itu berkata tindakan mereka bermotifkan bantahan terhadap penerbangan tetap RAF dari Brize Norton ke pangkalan Akrotiri di Cyprus, yang dilaporkan digunakan dalam operasi ketenteraan di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat tentera
#Voyager
#kerosakan
#aktivis
#pro-Palestin
#Raf
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan