awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
82 termasuk penerima bantuan maut dalam serangan udara Israel di Gaza
SUKAN
TERKINI: Bintang Liverpool, Diogo Jota meninggal dunia
DUNIA
WHO beri amaran sistem kesihatan Gaza berisiko lumpuh sepenuhnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

4 maut, 38 masih hilang dalam tragedi feri karam berhampiran Bali – Polis

Agensi
Agensi
03/07/2025
03:10 MYT
4 maut, 38 masih hilang dalam tragedi feri karam berhampiran Bali – Polis
Anggota pasukan keselamatan Indonesia melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat 61 individu dilaporkan hilang selepas sebuah feri karam berhampiran pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali.
DENPASAR: Sekurang-kurangnya empat maut manakala 38 lagi masih dilaporkan hilang selepas sebuah feri yang membawa 65 orang karam di Selat Bali ketika dalam perjalanan dari pulau Jawa ke Bali, menurut pihak polis tempatan pada Khamis (3 Julai).
Ketua Polis Banyuwangi, Rama Samtama Putra memaklumkan kepada AFP, sehingga jam 7.50 pagi Khamis, seramai 23 mangsa telah diselamatkan manakala empat disahkan terkorban.
“(Seramai) 23 berjaya diselamatkan, empat maut,” katanya, sekali gus menjadikan jumlah individu yang masih belum ditemui seramai 38 orang.
Menurut kenyataan Agensi Mencari dan Menyelamat Surabaya, feri berkenaan karam sekitar jam 11.20 malam Rabu, kira-kira 25 minit selepas berlepas dari pelabuhan Banyuwangi, Jawa Timur menuju ke pelabuhan di utara Bali.
“Feri KMP Tunu Pratama Jaya karam kira-kira 25 minit selepas sauh dinaikkan,” menurut kenyataan itu lagi.
Data manifes menunjukkan kapal itu membawa 53 penumpang dan 12 anak kapal. Agensi itu turut memaklumkan bahawa empat individu yang diselamatkan pada awal pagi Khamis berjaya menyelamatkan diri menggunakan bot keselamatan feri.
Feri tersebut turut membawa 22 buah kenderaan, termasuk 14 lori.
Punca kejadian belum dikenal pasti setakat ini, namun pasukan penyelamat telah dikerahkan segera ke lokasi bersama bot penyelamat dan sebuah kapal bantuan dari Surabaya.
Pihak penyelamat turut memaklumkan, jumlah sebenar penumpang mungkin melebihi jumlah dalam manifes, sesuatu yang kerap berlaku di Indonesia apabila jumlah sebenar penumpang berbeza daripada data rasmi.
Laluan feri dari Jawa ke Bali mengambil masa kira-kira satu jam dan sering digunakan oleh penumpang serta pemandu kenderaan yang menyeberang antara kedua-dua pulau tersebut.
Kemalangan laut bukan perkara asing di Indonesia, negara kepulauan yang mempunyai lebih 17,000 pulau.
Antara faktor penyumbang adalah piawaian keselamatan yang longgar dan keadaan cuaca buruk.
Pada Mac lalu, sebuah bot yang membawa 16 orang karam di perairan bergelora berhampiran Bali, mengorbankan seorang wanita warga Australia dan mencederakan sekurang-kurangnya seorang lagi.
Pada 2022, sebuah feri yang membawa lebih 800 penumpang terkandas di perairan cetek berhampiran wilayah Nusa Tenggara Timur selama dua hari sebelum berjaya dialihkan tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.
Manakala pada 2018, lebih 150 orang lemas apabila sebuah feri karam di salah satu tasik terdalam di dunia di Pulau Sumatera. - Agensi
Topic Berkaitan
#feri karam
#Bali
#pulau jawa
#operasi menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami