Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 13/08/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Ogos 2025.


1. Stephen King sifatkan pentadbiran Trump sebagai 'kisah seram', dedah pengakhiran sempurna

Beliau turut mencadangkan pengakhiran terbaik bagi era tersebut ialah melalui pemecatan rasmi atau persaraan politik.



2. Thailand turunkan kadar dasar kepada 1.50 peratus tangani kelembapan ekonomi

Bank pusat Thailand menurunkan kadar dasarnya sebanyak 0.25 mata peratusan kepada 1.50 sebagai usaha menangani kelembapan ekonomi.


3. Bekas wanita pertama Korea Selatan akan disoal siasat Khamis ini selepas ditahan

Bekas wanita pertama Korea Selatan Kim Keon Hee, akan disoal siasat berhubung dakwaan manipulasi saham, campur tangan pilihan raya dan rasuah.


4. Pemain dan peminat global berkumpul di Riyadh untuk Piala Dunia Esports

EWCF melancarkan "Program Superfan" yang memberi peluang kepada penyokong setia untuk merasai pengalaman menyaksikan kejohanan itu di Arab Saudi.


5. Taufan Podul landa Taiwan, ribuan dipindahkan, penerbangan dibatalkan

Podul membuat pendaratan sekitar jam 1 petang di Daerah Taitung sebelum dijangka melintasi kawasan barat Taiwan dan menuju ke Selat Taiwan serta wilayah Fujian di China.


6. Misteri 66 tahun terungkai, mayat saintis British ditemukan di glasier Antartika

Mayat saintis British Dennis Bell yang hilang dalam tragedi glasier Antartika pada 1959 ditemui selepas 66 tahun oleh penyelidik Poland.


7. Do Kwon mengaku bersalah seleweng AS$40 bilion kripto

Pengasas Terraform Labs, Do Kwon akhirnya mengaku bersalah di mahkamah ke atas pertuduhan penipuan komoditi, penipuan sekuriti, penipuan wayar dan konspirasi pengubahan wang haram melibatkan pelaburan kripto.


8. 6 bekas pegawai kerajaan Guatemala dipenjara berhubung 41 remaja maut dalam kebakaran 2017

Dua bekas pegawai polis dan empat bekas pegawai perlindungan kanak-kanak didapati bersalah atas pelbagai pertuduhan termasuk salah guna kuasa dan sebabkan kematian tanpa niat.


9. Kata Netanyahu, Israel 'benarkan' penduduk Palestin tinggalkan Gaza

Tindakan Zionis memaksa rakyat Paletin tinggalkan tanah air mengimbau kembali peristiwa "Nakba" - bencana besar yang berlaku semasa penubuhan Israel pada 1948.


10. KHOM hantar 800 paket susu, bantuan ketiga menembusi Gaza

Konvoi kali ini turut membawa 576 pek makanan, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang dihantar setakat ini melibatkan tiga buah lori.





#Piala Dunia #Gaza #China #Palestin #pilihan raya #Thailand