awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Pas, Bersatu nafi dakwaan provokasi politik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain dan peminat global berkumpul di Riyadh untuk Piala Dunia Esports

Bernama
Bernama
13/08/2025
08:47 MYT
Pemain dan peminat global berkumpul di Riyadh untuk Piala Dunia Esports
EWCF melancarkan "Program Superfan" yang memberi peluang kepada penyokong setia untuk merasai pengalaman menyaksikan kejohanan itu di Arab Saudi. - Facebook Esports World Cup
RIYADH: Piala Dunia Esports di Riyadh, Arab Saudi menarik penyertaan lebih 2,000 pemain dari lebih 100 negara, bersama peminat tegar dari seluruh dunia yang membawa semangat dan kepelbagaian budaya menjadi identiti acara tersebut.
Bagi mendekatkan peminat dengan aksi kejohanan, Yayasan Piala Dunia Esports (EWCF) melancarkan "Program Superfan" yang memberi peluang kepada penyokong setia untuk merasai pengalaman menyaksikan kejohanan itu di Arab Saudi, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Pengurus Program Superfan EWCF, Aysel Ahmadova, berkata inisiatif itu menghargai peminat elit dengan membolehkan mereka menyokong kelab masing-masing dari pusat acara serta mewakili komuniti mereka.
Beliau berkata program itu turut menggalakkan pertukaran budaya dengan menjemput peminat dari pelbagai negara.
Program tersebut menyediakan pengaturan perjalanan, pengalaman eksklusif serta sesi pertemuan bersama pemain.
EWCF bekerjasama dengan 44 kelab esports untuk mengadakan kempen dan pertandingan yang membolehkan peminat mendapatkan tempat dalam program berkenaan.
Ia memberi peluang unik kepada peserta dari luar rantau Timur Tengah dan Afrika Utara untuk menyokong pasukan mereka secara langsung, sambil berkongsi budaya melalui sorakan, sepanduk, bendera dan interaksi secara langsung di Boulevard Riyadh City.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Esports
#Riyadh
#Superfan EWCF
#kejohanan
#peminat esports
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan