DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 15/09/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 September 2025.
KUALA LUMPUR: Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 September 2025.


1. Serangan Israel di Doha adalah "keganasan negara", serang prinsip pengantaraan - PM Qatar

Ia juga mencerminkan kegagalan masyarakat antarabangsa untuk mendesak Israel dipertanggungjawabkan.



2. Iran berdiri teguh bersama Qatar berhadapan ‘wabak’ keganasan Israel - Menteri Luar

Menteri Luar Iran menegaskan Iran berdiri teguh bersama Qatar menentang keganasan di Asia Barat ketika menghadiri mesyuarat tergempar OIC di Doha.


3. Pegawai Hamas umum rundingan pertukaran tawanan ditangguh susulan serangan Israel di Doha

Hamas umum pihaknya menggantung rundingan pertukaran tawanan dengan Israel selepas rejim itu menyasarkan delegasi perundingannya di Doha.


4. Rubio tiba di Israel ketika IDF musnahkan lebih banyak bangunan di Bandaraya Gaza

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, tiba di Israel pada Ahad untuk membincangkan konflik Gaza.


5. 52 terbunuh akibat serangan Israel di Bandaraya Gaza

Menurut sumber hospital tempatan, 35 daripada mangsa maut di Bandaraya Gaza, lokasi utama serangan tentera Israel ketika ini.


6. Israel musnahkan 10 bangunan UNRWA di Gaza dalam tempoh empat hari

Serangan Israel memusnahkan 10 bangunan milik UNRWA di Bandaraya Gaza dalam tempoh empat hari lalu.


7. Pakistan kecam keganasan Israel pada mesyuarat di Doha

Israel berfikiran liar dengan mengabaikan setiap prinsip undang-undang dan norma antarabangsa.


8. Angka kematian protes antirasuah di Nepal meningkat kepada 72 orang

Jumlah kecederaan juga meningkat kepada 2,113 orang, menjadikan insiden ini sebagai keganasan politik paling dahsyat dalam beberapa dekad.


9. Puluhan ribu sertai perhimpunan di Ankara bantah tindakan terhadap parti pembangkang utama

Penunjuk perasaan turut melaungkan slogan mendesak Presiden Recep Tayyip Erdogan meletak jawatan, sambil mengibarkan bendera Turkiye.


10. Romania jadi negara kedua NATO laporkan pencerobohan dron Rusia

Dron tersebut dikesan kira-kira 20 kilometer ke barat daya Chilia Veche sebelum hilang dari radar.




#Doha #Qatar #Israel #Hamas #antarabangsa