awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel musnahkan 10 bangunan UNRWA di Gaza dalam tempoh empat hari

Bernama
Bernama
15/09/2025
02:30 MYT
Israel musnahkan 10 bangunan UNRWA di Gaza dalam tempoh empat hari
Asap tebal kelihatan dari sebuah sekolah UNRWA yang telah dikosongkan selepas serangan udara Israel, di kem pelarian al-Shati (Pantai), Bandaraya Gaza. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Serangan Israel memusnahkan 10 bangunan milik agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) di Bandaraya Gaza dalam tempoh empat hari lalu, termasuk tujuh sekolah serta dua klinik yang berfungsi sebagai pusat perlindungan untuk ribuan penduduk Palestin, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Tiada tempat selamat di Gaza. Tiada siapa selamat. Serangan udara di Bandar Gaza dan utara semakin memuncak. Semakin ramai orang terpaksa meninggalkan rumah, hilang arah dan terumbang-ambing ke destinasi yang tidak diketahui," kata Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini menerusi hantaran di platform X pada Ahad.
Beliau berkata bahawa UNRWA terpaksa menghentikan perkhidmatan kesihatan di kem pelarian Al-Shati.
"Kami terpaksa menghentikan rawatan kesihatan di Kem Pantai (Al-Shati), satu-satunya pusat kesihatan yang ada di utara Wadi Gaza.
"Perkhidmatan air dan sanitasi penting kini hanya beroperasi pada separuh kapasiti," jelasnya.
No place is safe in #Gaza No one is safe. Airstrikes in Gaza City & the north are intensifying. More & more people are forced to leave, disoriented & uncertain, heading into the unknown. Only in the past four days, 10 UNRWA buildings have been hit in #Gaza City. This
— Philippe Lazzarini (@UNLazzarini) September 14, 2025
Pasukan kami seramai 11,000 orang terus menyalurkan perkhidmatan kritikal di kawasan lain di utara Gaza dan seluruh Semenanjung Gaza, kata beliau sambil memuji ketabahan kakitangan berkhidmat dalam keadaan "tidak berperikemanusiaan."
Tentera Israel dilaporkan menyasarkan bangunan tinggi di Bandar Gaza sebagai sebahagian daripada operasi berterusan untuk menawan kawasan itu, sambil mengarahkan penduduk berpindah ke zon yang digelar "selamat" di Al-Mawasi, Khan Younis - kawasan yang sudah lebih 100 kali menjadi sasaran tembakan Israel sehingga meragut ratusan nyawa orang awam.
Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, tentera Israel telah memusnahkan 1,600 menara dan bangunan kediaman di Bandar Gaza sejak 11 Ogos, selain 13,000 khemah, menyebabkan lebih 100,000 penduduk hilang tempat tinggal.
Sebahagian besar penduduk Bandar Gaza kini bersesak di kawasan kejiranan barat, yang sejak Jumaat menjadi sasaran pengeboman yang berterusan.
Perang Israel yang berlarutan di Gaza sejak Oktober 2023 telah meragut hampir 65,000 nyawa penduduk Palestin serta memusnahkan wilayah itu yang kini berdepan kebuluran.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#UNRWA
#serangan
#Philippe Lazzarini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami