[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 23/09/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 September 2025.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 23 September 2025.


1. Penyelesaian dua negara adalah kunci, Indonesia akan iktiraf Israel selepas Palestin capai kedaulatan - Prabowo

Presiden Indonesia Prabowo Subianto memuji Perancis, Kanada, Australia, United Kingdom (UK) dan Portugal kerana mengiktiraf Palestin.



2. Mikrofon Prabowo dimatikan ketika siaran langsung PBB

Mikrofon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dimatikan ketika beliau sedang menyampaikan bahagian akhir ucapannya dalam siaran langsung saluran rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


3. Enam negara baharu iktiraf Negara Palestin, momentum global semakin meningkat

Perancis, Andorra, Belgium, Luxembourg, Malta dan Monaco menyertai usaha diplomatik ketika Israel melancarkan serangan hebat ke atas Gaza.


4. Pemimpin dunia sokong penubuhan negara Palestin di PBB, cabar pendirian AS dan Israel

Sokongan itu mampu menyuntik semangat baharu kepada rakyat Palestin, walaupun tidak dijangka membawa perubahan segera di lapangan.


5. Denmark, Belanda sedia iktiraf Palestin secara bersyarat

Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen dan Menteri Luar Belanda David van Weel pada Isnin menyatakan bahawa negara mereka bersedia mengiktiraf Negara Palestin dengan syarat tertentu.


6. Kenegaraan Palestin adalah hak, bukan ganjaran - Setiausaha Agung PBB

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin menyambut baik pengiktirafan terhadap Negara Palestin oleh beberapa negara, lapor agensi berita Jerman dpa.


7. Guterres keluarkan amaran, prinsip asas PBB terancam pada ulang tahun ke-80

Antonio Guterres pada Isnin memberi amaran bahawa prinsip asas organisasi itu berdepan ancaman yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.


8. Taufan Ragasa landa Filipina, amaran banjir dan tanah runtuh dikeluarkan

Pulau Panuitan di wilayah Cagayan menjadi antara kawasan pertama terjejas, dengan ombak setinggi lebih 3 meter dilaporkan.


9. Selepas seminggu digantung, ‘Jimmy Kimmel Live!’ kembali bersiaran hari ini

Keputusan menggantung produksi minggu lalu dibuat bagi "mengelak keadaan semakin tegang pada saat yang penuh emosi untuk negara."


10. Kajian baharu dedah risiko kimia dalam plastik terhadap kesihatan kanak-kanak

Bahan kimia ini terdapat dalam barangan biasa termasuk pembungkusan makanan, kosmetik malah resit kertas.




#berita pilihan #antarabangsa #tanah runtuh #Prabowo Subianto