Banjir: Hilir Perak catat jumlah mangsa tertinggi, pusat pemindahan di Selangor berkurangan
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 24/09/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 September 2025.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 24 September 2025.

1. Jika Trump mahu Hadiah Nobel Keamanan, hentikan perang Gaza - Macron

Macron menyatakan bahawa hanya Trump mempunyai kuasa sebenar untuk menekan Israel agar menghentikan operasi ketenteraan di Gaza.


2. Trump anggap mesyuarat dengan negara-negara Islam berhubung Gaza "sangat berjaya"

Trump menyifatkan mesyuarat bersama pemimpin beberapa negara majoriti Islam berhubung Gaza sebagai "sangat berjaya".


3. White House tuntut siasatan insiden eskalator, teleprompter semasa lawatan Trump ke UNGA

Siasatan awal mendapati sistem keselamatan terbina dalam telah diaktifkan secara tidak sengaja oleh videografer presiden yang berjalan secara mengundur untuk merakam ketibaan pasangan itu.


4. Presiden Turkiye tekankan keperluan reformasi PBB dalam perjumpaan dengan Guterres

Erdogan berkata keperluan untuk menyemak semula sistem PBB jelas muncul dalam beberapa tahun kebelakangan ini.


5. Trump kecam dasar migrasi, iklim dunia dalam ucapan pedas di PBB

Trump turut menolak konsensus saintifik mengenai perubahan iklim, menyifatkannya sebagai "penipuan terbesar".


6. Sepanyol luluskan undang-undang embargo senjata terhadap Israel

Langkah itu merupakan antara sembilan inisiatif yang diumumkan awal bulan ini oleh Perdana Menteri Pedro Sanchez.


7. Duta China gesa tragedi di Gaza ditamatkan serta-merta

China menggesa agar tragedi di Gaza segera ditamatkan dan ketegangan di Tebing Barat diredakan serta-merta.


8. Negara-negara Asia tegaskan sokongan kepada Palestin di PBB

Pakistan dan China menegaskan semula sokongan mereka terhadap Palestin manakala Korea Selatan menekankan kepentingan penyelesaian dua negara


9. Perdagangan ASEAN+3 cecah US$1.2 trilion pada 2024 - Tengku Zafrul

Perdagangan antara ASEAN dan rakan Plus 3 iaitu China, Jepun dan Korea Selatan, mencecah US$1.2 trilion pada 2024, menyumbang 31.7 peratus daripada jumlah perdagangan perkumpulan itu.


10. Taufan Super Ragasa landa Filipina, 6 terbunuh

Hujan lebat dan angin kencang daripada Taufan Super Ragasa membadai utara Filipina sejak beberapa hari lepas, mengorbankan enam mangsa.




#berita pilihan #antarabangsa #ASEAN #White House