awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Turkiye tekankan keperluan reformasi PBB dalam perjumpaan dengan Guterres

Bernama
Bernama
24/09/2025
02:30 MYT
Presiden Turkiye tekankan keperluan reformasi PBB dalam perjumpaan dengan Guterres
Erdogan,membuat isyarat ketika menghadiri sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di ibu pejabat PBB, New York. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menekankan keperluan reformasi dalam sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sambil menyatakan bahawa Turkiye akan menyumbang kepada proses itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam pertemuannya dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres di New York pada Selasa, Erdogan berkata keperluan untuk menyemak semula sistem PBB jelas muncul dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut kenyataan Direktorat Komunikasi Turkiye, pertemuan itu membincangkan isu serantau dan global, khususnya serangan Israel di Gaza.
Erdogan menegaskan Turkiye akan terus memberikan segala bentuk sumbangan terhadap usaha reformasi itu, sambil menekankan bahawa kepentingan memelihara keamanan dunia semakin difahami dengan lebih jelas berdasarkan cabaran yang dihadapi dunia sejak beberapa tahun lepas.
Beliau berkata serangan Zionis bukan sahaja menyasarkan rakyat Palestin tetapi juga keamanan serantau dan global, dan masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan tekanan terhadap Israel bagi memastikan bantuan kemanusiaan ke Gaza dapat disalurkan tanpa gangguan.
Erdogan turut menyatakan bahawa Turkiye sedang menggandakan usaha untuk menamatkan perang Rusia-Ukraine, dengan menekankan keperluan segera gencatan senjata dan keamanan berkekalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Recep Tayyip Erdogan
#Antonio Guterres
#PBB
#reformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan