DUNIA
Duta China gesa tragedi di Gaza ditamatkan serta-merta

Geng menekankan keperluan membetulkan ketidakadilan sejarah yang dialami rakyat Palestin, di samping memelihara keamanan serta kestabilan di rantau Asia Barat. - Gambar/ China Media Group
NEW YORK: China menggesa agar tragedi di Gaza segera ditamatkan dan ketegangan di Tebing Barat diredakan serta-merta.
Ringkasan AI
- China menggesa agar tragedi di Gaza ditamatkan segera dan ketegangan di Tebing Barat diredakan, sambil menekankan keperluan membetulkan ketidakadilan sejarah terhadap rakyat Palestin serta memelihara kestabilan Asia Barat.
- China menyuarakan kekecewaan terhadap tindakan Amerika Syarikat yang menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi UNSC berhubung Gaza, dan menyeru masyarakat antarabangsa meneruskan momentum pengiktirafan rasmi terhadap Palestin.
- China menyokong penyelesaian dua negara dan penubuhan negara Palestin yang merdeka, serta mempercepatkan keanggotaan penuh Palestin dalam PBB sebagai usaha memperjuangkan keadilan.
Geng turut menyuarakan kekecewaan terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) yang sekali lagi menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi UNSC berhubung Gaza minggu lepas.
Menyentuh mengenai sejumlah negara Barat yang kini secara rasmi mengiktiraf Palestin, beliau berkata masyarakat antarabangsa perlu meneruskan momentum positif ini dengan berusaha mencerahkan prospek "penyelesaian dua negara" serta menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka di samping mempercepatkan keanggotaan penuh Palestin dalam PBB.
Geng menegaskan bahawa China sentiasa menyokong usaha rakyat Palestin untuk memperjuangkan keadilan.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami