[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla ke Gaza – Perjalanan kini Semakin Hampir. Ikuti perkembangan di sini
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 29/09/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang 29 September 2025.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 29 September 2025.


1. Netanyahu cari nyawa politik, jumpa Trump di tengah tekanan perang Gaza

Pertemuan itu berlangsung hanya beberapa hari selepas Trump mengumumkan pelan 21 perkara bagi menamatkan perang di wilayah Palestin.



2. Liga Arab desak PBB kuatkuasakan resolusi keabsahan antarabangsa bagi akhiri perang Gaza

Isu Palestin merupakan ujian getir kepada PBB berhubung keperluan mendesak melaksanakan resolusi keabsahan antarabangsa.


3. Veto AS 'lumpuhkan' UNSC, PBB digesa aktifkan Resolusi 377, tubuh pasukan perlindungan di Palestin

UNSC merupakan satu-satunya badan yang berkuasa meluluskan tindakan penguatkuasaan termasuk campur tangan ketenteraan.


4. Netanyahu sahkan pelan gencatan senjata di Gaza sedang dirangka

Bagaimanapun, Netanyahu menegaskan, beliau tetap bertekad untuk menghancurkan Hamas sepenuhnya.


5. Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra mohon pengampunan diraja

Permohonan difailkan pada 10 September dan kini dalam proses pertimbangan Sekretariat Kabinet selepas semakan awal oleh Kementerian Kehakiman.


6. Siasatan rusuhan: Kerajaan interim Nepal sekat perjalanan KP Sharma Oli, empat pegawai kanan

Larangan berkuat kuasa sejak 28 September dan mereka perlu kekal dalam Lembah Kathmandu untuk siasatan lanjut.


7. Cuaca buruk di Filipina jejas lebih 906,000 keluarga, ragut 27 nyawa

Jumlah keluarga yang terjejas akibat monsun barat daya serta siklon tropika Mirasol, Nando (nama antarabangsa Ragasa) dan Opong telah mencecah 906,794.


8. Global Sumud Flotilla: Enjin kapal Johnny M bocor, semua peserta disahkan selamat

Semua peserta Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang menaiki sebuah kapal bernama Johnny M disahkan selamat selepas ia terpaksa dikosongkan akibat kebocoran enjin.


9. Krisis kehakiman India: Satu juta kes belum selesai di Mahkamah Tinggi Allahabad

Dengan kekuatan rasmi 160 hakim - namun tidak pernah diisi sepenuhnya - setiap hakim kini menanggung beban ratusan hingga ribuan kes sehari.


10. Kedutaan Malaysia di Addis Ababa kembali beroperasi mulai 23 September

Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa, Ethiopia kini kembali beroperasi bermula 23 Sept.



#berita pilihan #antarabangsa #cuaca buruk #gencatan senjata